HIBURAN
CEO Finas Tentang Buli Siber, Harap Isu Imran Bard-Ellie Suriaty Selesai Cara Baik - "Agama, Budaya Kita Tekankan Pentingnya Adab & Kesusilaan"
Sebagai pembuat dasar industri, isu membabitkan pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, 54, dan pempengaruh, Imran Bard, 24, adalah satu contoh buli siber.
BERITA TRENDING: Zed Zaidi Bersuara Isu Ellie Suriaty, Mohon MCMC & Polis Ambil Tindakan Terhadap Imran Bard- “Jangan Sesekali Mencari Populariti…”
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berharap isu membabitkan Ellie dan Imran dapat diselesaikan dengan baik serta menjadi contoh kepada semua.“Tanpa disedari, kita boleh menjadi penyumbang kepada buli siber jika tidak berhati-hati membuat sesuatu komen atau reaksi dalam media sosial.
“Pengguna media sosial perlu peka dan tahu had sebelum membuat sesuatu perkara. Janganlah sehingga perkara buruk berlaku baru kita ambil tindakan.
“Kita jangan lupa agama dan budaya kita menekankan pentingnya adab dan kesusilaan berkomunikasi termasuk menyediakan atau menghasilkan konten di alam maya dan platform media sosial. Jadikan isu ini sebagai pengajaran buat semua,” katanya.
Katanya, Kementerian Komunikasi juga kini sedang giat membuat kempen mengenai bahaya dan keburukannya kepada masyarakat.
“Ellie ada menghubunginya dan turut meluahkan perasaan sedih dan terkilan mengenai isu pertikaiannya dengan pempengaruh berkenaan.
“Saya berharap mereka dapat berjumpa dan bersemuka untuk selesaikan isu ini dengan baik.
“Saya pasti, bila ia dapat diselesaikan dengan baik, ini akan menjadi satu contoh yang baik kepada semua,” katanya.
Azmir berkata, isu itu tiada kaitan dengan perundangan Finas, tetapi membabitkan artis yang dikenali ramai dan banyak pengiktirafan serta jasanya kepada industri seperti menjadi tenaga pengajar dan mentor.
“Sebagai contoh, semasa penggambaran filem Memoir Seorang Guru tahun lalu, Ellie bukan sahaja berlakon dalam filem, tetapi pada masa sama, dia juga banyak membimbing pelakon kanak-kanak dalam filem untuk memberikan lakonan yang terbaik,” katanya.
Terdahulu, Ellie Suriaty menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa pempengaruh Imran Bard yang mencalar namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.
BERITA TRENDING: Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”
Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar amat kecewa apabila tindakan Imran itu memperlekeh reputasi dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni dan dimusnahkan begitu saja dengan kandungan dibuat Imran.Terbaharu, Ellie bakal mengadakan pertemuan sebaik sahaja Imran pulang ke Kuala Lumpur, memandangkan dia kini masih berada di kampung halamannya di Kluang, Johor.
“Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa, namun sekarang masih berada di kampung. Insya-Allah perjumpaan kami akan diadakan sekembalinya ke Kuala Lumpur,” tulisnya dalam Instagram.
BERITA TRENDING: Imran Bard Sekali Lagi Buat Permohonan Maaf, Mahu Jumpa Ellie Suriaty Depan-Depan - “Saya Akui Nama Tak Boleh Dipetik Apatah Lagi…”
BERITA TRENDING: Ellie Suriaty Setuju Jumpa Imran Bard - “Sesi Ini Akan Jadi Penentu Sama Ada Saya Teruskan Saman Atau Sebaliknya”
Namun begitu, Ellie menegaskan bahawa pertemuan itu bukan jaminan bahawa dia akan menarik balik saman terhadap Imran.Sebaliknya, pelakon filem Telaga Suriram itu menjelaskan bahawa ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf daripada pempengaruh berkenaan.
Must-Watch Video