,
Berita

Cekik, Tolak Isteri Dalam Gaung, Lelaki 39 Tahun Ditahan Polis

Gempak
01/08/2024
07:56 MYT
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung dalam satu kejadian di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik, Sabtu lalu.
Lelaki berusia 39 tahun itu diberkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah pada Rabu selepas polis menerima laporan daripada mangsa.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun dijumpai orang awam dalam keadaan berseorangan di tepi jalan sekitar jam 2 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak naik dari gaung ke bahu jalan.
"Berdasarkan keterangan, sekitar jam 5.30 petang pada Jumaat, mangsa telah dibawa suaminya menaiki kenderaan dari tempat kerja di Kuala Lumpur menuju ke Perak dengan alasan mahu pulang ke kampung.
"Sepanjang perjalanan telah berlaku pertengkaran mulut mengakibatkan suspek memberhentikan kereta dan bertindak mencekik leher serta mengugut mahu membunuh mangsa dengan pisau.
"Mangsa yang ketakutan keluar dari kereta, namun berjaya dihalang suspek sebelum kenderaan dipandu memecut sehingga sampai ke laluan JRTB di Gerik," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, semasa tiba di lokasi kejadian sekitar jam 5 pagi, berlaku sekali lagi pertengkaran mulut antara pasangan itu yang membawa kepada pergelutan di bahu jalan.
Katanya, suspek kemudiannya bertindak luar kawalan dengan menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung.
"Mangsa yang mengalami kesan calar, luka dan lebam pada tubuh badan telah menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya memaklumkan suspek mempunyai beberapa rekod lampau termasuk dadah.

BERITA TRENDING: Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Meninggal Dunia Jatuh Gaung

BERITA TRENDING: Seram...Fazziq Terkejut Terima Panggilan Pendengar, Mula-Mula Menangis Minta Tolong Jatuh Gaung, Tiba-Tiba Mengilai!

BERITA TRENDING: [VIDEO] Kereta Masuk Gaung, Tangan Besar Keluar Daripada Tingkap Kereta Buat Netizen Ketakutan!

BERITA TRENDING: Cekik Jiran Sampai Mati Sebab Tak Tolong Muat Turun Game

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.