,
Terkini

Cedera Ketika Buat Stunt, Hun Haqeem Tetap Rasa Puas - “Sakit Yang Sangat Berbaloi”

Shahrin Zulkifle
06/10/2022
07:00 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkongsi keadaan terkini dirinya selepas mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan semasa menjalankan penggambaran sebuah drama bersiri September lalu.
Jelas Hun, selepas mendapatkan rawatan, dia bersyukur apabila kecederaan tersebut sudah pulih dan dirinya kini kembali sihat.
“Saya telah cedera di bahagian tangan, bahu dan lutut ketika menjalankan penggambaran drama bersiri Nenek Bongkok Tiga pada September lalu.
“Alhamdulilah, sekarang keadaan sudah semakin baik dan saya dah pulih lepas dapatkan rawatan.
“Walaupun cerita itu berunsur hantu tetapi ianya menuntut banyak aksi stunt di dalamnya.
“Semua kecederaan saya alami itu datang dari satu cerita, namun saya rasa itu sakit yang sangat berbaloi,” kongsi Hun ketika ditemui pada malam gala tayangan drama Astro Originals Series, One Cent Thief bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah aktor kacak berusia 24 tahun itu, dia akan sentiasa mengingatkan dirinya selepas ini untuk lebih berhati-hati ketika melakukan aksi lagak ngeri yang dituntut dalam mana-mana naskhah.
“Kalau diberi pilihan untuk buat lagi saya mahu lakukan aksi-aksi stunt itu.
“Biarpun saya tak kisah untuk buat aksi stunt, tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk berhati-hati.
“Kerana saya tak suka kalau sakit nanti akan menyusahkan ramai orang,” tambahnya.
Dalam perkembangan lainnya, Hun akan muncul dalam sebuah telefilem yang bakal disiarkan di saluran Astro Citra bermula November depan.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabion Loo, Aghonderan Sahadevan, Pablo Amirul dan ramai lagi.
Sinopsis
One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.
Saksikan One Cent Thief bermula 7 Oktober ini yang akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria (104), Astro Vinvmeen HD (202), Astro Shuang Xing De (307) dan PRIMEtime (704).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.