,
Hiburan

Cedera Di Bahagian Sendi Siku, Anak Amar & Amyra Tetap Aktif Main

Zulaikha Yusof
01/09/2020
01:21 MYT
Anak kepada pasangan Amar Baharin, 35, dan Amyra Rosli, 27, iaitu Aqeef Anaqi telah mengalami kecederaan di bahagian sendi siku kirinya akibat dislokasi.
Menurut Amar, kejadian tersebut terjadi di kediaman mereka ketika Anaqi, 3, sedang bermain.
"Anaqi terkena subluxation atau dislokasi di bahagian sendi siku dia.
"Dia terseliuh waktu Amyra nak suap makan. Biasalah budak umur-umur macam ni tengah explore," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan menyatakan Anaqi akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.
"Anaqi masih aktif macam biasa. Nasib ada plaster cast yang dipakaikan dekat tangan dia.
"Doktor cakap dalam tempoh tiga hari ja untuk sembuh sebab bukan dislocate," katanya lagi.
Sebelum ini, Amyra ada memuat naik foto Anaqi di Pusat Perubatan Prince Court.
"Haihhh anak bujang tengah-tengah lasak macam ni la @aqeefanaqi," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"

gempak
29/04/2024
07:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan penyondol sememangnya sedang hangat diperkatakan oleh ramai pihak. Berkongsi pandangan berhubung perkara itu dari perspektif seorang isteri, pelakon Amyra Rosli menyatakan dirinya mengambil iktibar terhadap permasalahan yang berlaku ketika ini dan sentiasa mendoakan terbaik untuk mana-mana pihak terlibat da
Hiburan

Tidak Pernah Pukul Anak, Amyra Rosli & Amar Baharin Ada Cara ‘Parenting’ Berbeza – “Kalau Anak Saya Buat Salah…”

gempak
08/03/2024
10:00 MYT
Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengakui mereka tidak pernah menggunakan kekerasan ketika ingin mendidik anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa sepanjang pengalaman mereka menjadi ibu bapa.
Laman Utama

Ada Syarat Amar Baharin Nak Kayuh Basikal - “Dia Cakap No Sebelum…”

gempak
05/10/2023
13:50 MYT
Nak kayuh basikal pun bersyarat tau.
Laman Utama

Al-Fatihah… Bapa Amar Baharin Meninggal Dunia

gempak
25/05/2023
02:41 MYT
Al-Fatihah...
Laman Utama

[VIDEO] “Sejuk Tengok…” – Kongsi Video Baca Surah Al-Mulk, Amar Baharin Raih Pujian Netizen

gempak
06/12/2022
11:00 MYT
Alhamdulillah...