,
Laman Utama

"Catat Ya!" - Radja Teruja Bikin Konsert Di Johor! Janji Nyanyi 16 Lagu

Amri Hassan
21/02/2023
10:26 MYT
Kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Radja Band bakal mengegarkan Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru menerusi Konsert Radja Majestic Johor pada 11 Mac depan.
Kumpulan ini cukup popular di Malaysia sekitar 2001. Antara lagu yang menjulang populariti mereka adalah Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta.
Vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela menerusi video promosi konsert terbabit mengakui teruja untuk menghiburkan peminat mereka di Johor Baharu.
“Salam sejahtera buat teman di Malaysia khususnya di Johor. Saya Ian Kasela akan hadir pada 11 Mac ini di Stadium Tertutup Arena Larkin untuk bertemu teman- teman di sana.
“Catat ya. Dapatkan tiket segera. Jangan lupa temu janji kita di sana ya!,” ungkap Ian Kasela.

Konsert pertama di JB

Ian menambah, mereka tidak lupa berterima kasih kepada pelancongan negeri Johor, penganjur, tenaga kerja dan produksi yang bakal menjayakan konsert terbabit.
“Ini konsert pertama Radja di JB (Johor Bahru). Lets rock semua ya. Salam rindu dan sayang daripada kami, see u,” kata Ian lagi.

16 lagu

Menurut Pengurus ASEAN Liaisons of Radja Band, Farid Hamid, Radja Band yang ditubuhkan pada 17 Mac 1999 dan berasal dari Banjarmasin akan menyajikan 16 buah lagu malar segar kepada peminatnya.
“Konsert Radja merupakan julung kali diadakan di Johor mendapat kerjasama daripada Tourism Johor serta penganjur MEE2 Events. Johor ini merupakan lokasi strategik, kita boleh bawa peminat dari tiga buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia serta Singapura.
Sebanyak 16 buah lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti dan antara ‘killer song’ ialah Jujur, Tulus, Benci Bilang Cinta dan Takkan Melupakanmu.
“Sudah pastinya konsert kali ini akan diatur dengan beberapa kelainan hasil idea dengan pihak Tourism Johor. Tunggu dan lihat dalam konsert nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour baru-baru ini.

Yakin pacu ekonomi Johor

Sementara itu, Timbalan Pengarah Tourism Johor, Dr. Azlan Abd. Jalil yakin konsert tersebut bakal membawa limpahan ekonomi ke negeri ini, antaranya kepada pemain industri perhotelan, makanan dan minuman serta pengangkutan.
“Tourism Johor akan membawa lebih ramai artis dari dalam dan luar negara. Ini merupakan salah satu acara dalam mempromosikan agenda pelancongan negeri Johor kepada orang ramai bukan sahaja rakyat tempatan, malah mengajak pelancong antarabangsa datang ke negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah MEE2 Events, Nurzalinda Azmi berkata, para peminat boleh membeli tiket konsert tersebut secara dalam talian di www.ticket2u.com.my dan hingga 13 Februari lalu sebanyak 1,000 tiket telah terjual.
Menurutnya, lima kategori tiket ditawarkan dengan harga berpatutan bermula dengan Silver RM68, Gold (RM108), Rockzone (RM129), VIP (RM299) serta MIP (RM799).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Unitar