,
Laman Utama

Cat Farish Didakwa Berhutang Dengan Bekas Isteri RM10,000, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Terkejut Apabila…”

Asyikin Mayudin
11/07/2023
00:55 MYT
Bakal bernikah dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin, penyanyi rap Cat Farish tiba-tiba didakwa berhutang dengan bekas isterinya sebanyak RM10,000.
Tampil menjelaskan perkara itu, Cat memberitahu dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak dan wang yang diperkatakan itu merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.
“Sebenarnya kejadian ni tak perlu nak disebut pun, bila bercerai ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan masa perbicaraan tapi keadaan itu tidak berlaku.
“Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit tu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua benda. Benda boleh bincang, WhatsApp terakhir daripada dia pun mengenai motor dan tak ada mesej pun fasal hutang.
“Motor pun dipulangkan dalam mesej yang cantik dan baru. Saya tak terasa apa pun tentang kenyatan tu,” katanya menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Cat turut mengakui dia berasa terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya.
“Saya terkejut bila nama saya terkait berhutang dengan bekas isteri. Boleh saja whatsApp tak perlu nak berangin,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Boleh Nasihat Mereka Sebab…” - Emma Maembong Doakan Perkahwinan Ketiga Shikin & Cat Farish Jadi Yang Terakhir
ARTIKEL BERKAITAN: "Siapa Yang Nak Cerai, Siapa Tak Sayang Perkahwinan" - Cat Farish
Untuk rekod, Cat Farish pernah berkahwin dengan bekas isterinya iaitu Suriani pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada awal tahun ini.
Walaubagaimanapun, hasil perkongsian hidup mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Polis Sahkan Kes Ah Long ‘Naik Hantu’ Sampai Simbah Cat Merah Di Taman Selaseh

gempak
26/01/2024
00:00 MYT
Tular satu hantaran baru-baru ini yang memaparkan tindakan rakus pemberi pinjaman wang tanpa lesen (ah long) yang menyimbah cat merah di rumah seorang individu setelah jiran sebelah rumahnya tidak membayar hutang.
Laman Utama

Ganjaran RM3,000 Ditawarkan Jika Individu Simbah Cat Pada Kucing Dikesan

gempak
01/10/2023
23:50 MYT
Bawa pesalah ke muka pengadilan
Laman Utama

“Baju Kahwin Tak Muat Terpaksa Duduk Belakang Pick Up” - Shikin Maembong Kongsi Momen Lucu Masa Resepsi

gempak
17/07/2023
23:50 MYT
Sampai polis pun tanya kenapa duduk belakang hehe.
Laman Utama

"Dia Tengok Saya Lap Pisang, Dia Dah Jatuh Cinta" - Uniknya Cerita Cinta Cat Farish & Shikin Maembong

gempak
15/07/2023
02:57 MYT
Sukanya tengok Cat Farish dengan Shikin Maembong, sweet sangat.
Laman Utama

Cat Farish & Shikin Maembong Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

gempak
13/07/2023
13:36 MYT
Tahniah!