gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka
BERITA
"Kaji Semula Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun" - Azalina
HIBURAN
Mahkamah Dedah Foto Sean Diddy Combs Masih ‘Gila’ Minyak Bayi, Bersedia Pesta S*ks Sebelum Ditangkap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Cara Mudah Renew Lesen Memandu Online, Sekarang Dah Boleh 10 Tahun!

gempak
Amri Hassan
09/08/2023
12:31 MYT
Sponsor Banner
Cara Mudah Renew Lesen Memandu Online, Sekarang Dah Boleh 10 Tahun!
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pengguna jalan raya kini boleh memperbaharui lesen untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, berkuat kuasa 8 Mei 2023.
Syaratnya, lesen memandu yang diperbaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah dalam tempoh sah laku tidak lebih setahun.
"Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus," katanya.

Harga renew lesen memandu

"Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30," katanya lagi.

Cara renew lesen memandu online

Kini korang sudah boleh memperbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Klik laman web rasmi MySikap.
Ini cara-caranya!
Langkah 1
Masuk ke laman web MySikap (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul)
Masukkan ID pengguna (nombor IC) Masukkan kata laluan/password Masukkan kod sekuriti (aksara yang dipaparkan dalam kotak)
Langkah 2
Klik menu utama - 'Lesen Memandu'
Pilih menu seterusnya - 'Pembaharuan Lesen Memandu'
Langkah 3
Kemudian anda akan dibawa ke laman Carian.
Sila pilih dari drop down menu, 'Lesen Memandu Kompeten' untuk Jenis Lesen.
Di bawahnya ada pilihan tempoh (kini sudah ada pilihan untuk renew 10 tahun di MySikap)
Klik butang 'Cari'
Langkah 4
Laman web ini akan paparkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran, harga biasa RM30 setahun untuk kelas B2 dan D.
Di sini juga akan ada pilihan 'Gambar' (untuk korang yang nak tukarkan gambar semasa, namun perlu ke JPJ untuk ambil gambar)
Langkah 5
Pilih Kaedah Pembayaran, korang boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking.
Selepas itu, klik Bayar kat bawah tu. Pastikan dan disable popup blocker!
Selepas transaksi berjaya, korang akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis 'sila ambil lesen anda di JPJ'.
Kalau ada masa boleh pergi, kalau tak, korang boleh mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang 'Cetak Lesen Memandu e-LM'
Langkah 6
Untuk dapatkan lesen digital, buka apps MyJPJ > Profil > klik butang “Jana Semula”
Good luck!
Topic Berkaitan
#Viral
#Tips
#Cara
#Langkah
#:Lesen Memandu
#MySikap
#Renew
Must-Watch Video