,
Laman Utama

Caprice Tuduh Dirinya Sujud Kaki Menteri Di Gaza, Ebit Lew; "Perkara Ini Libatkan Akidah Saya"

Asraf Aided
22/07/2021
12:13 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyifatkan dakwaan bintang rap Caprice mengatakan beliau sembah sujud kaki menteri di Gaza ketika urusan misi kemanusiaan di sana sebagai fitnah.
Menurut Ebit, pihak menteri tersebut sememangnya memberi layanan yang baik kepada semua orang yang datang ke negara tersebut.
"Mengenai dakwaan Caprice mengatakan saya melutut dan cium kaki menteri di Gaza, ia satu fitnah yang melampau.
"Perkara ini membabitkan akidah saya, Tak akanlah saya nak cium kaki orang, biar saya jelaskan, menteri itu memang banyak bantu orang dan meraikan siapa-siapa sahaja yang datang ke Gaza.
"Jadi, saya memang tak ada mencium kaki," jelasnya dalam sesi Instagram Live pada Khamis.
Kata Ebit, Caprice tidak lepas memasuki Gaza dan pihak berkuasa sememangnya membuat pemeriksaan yang ketat.
"Dia (Caprice) nak masuk Gaza tapi tak lepas, prosesnya bukan mudah, mereka perlu periksa maklumat peribadi seperti nama dan sebagainya.
"Selepas serah nama, mereka akan periksa nama kita dan nama bapa, dikhuatiri jika kita ini mungkin pengganas, malah nama datuk pun mereka minta, jadi kalau nak masukkan nama sesiapa bukanlah mudah.
"Saya juga tidak ada membawa lari sebarang dokumen seperti yang didakwa beliau," katanya lagi.
Semalam, Ebit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini.
Menerusi Instagram Live hari ini, Ebit memberi penjelasan kepada beberapa dakwaan yang dibuat oleh Caprice dan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri terhadapnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Hiburan

“Kita Tak Akan Tahu Bila Masa Akan Pergi…” - Caprice

gempak
19/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice berkongsi momen dia bersama putera sulungnya iaitu Airiel Qashaf yang kini semakin membesar dengan cepat.
Berita

“Pembunuhan Ismail Haniyeh Tidak Akan Dibiarkan Tanpa Balasan” – Hamas

gempak
31/07/2024
07:28 MYT
“Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak akan dibiarkan tanpa balasan”, itu kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.