Viral
Cantik & Melentik Ala Kak KM, Ini 6 Rahsianya...
Siapa tak kenal dengan usahawan produk kecantikan Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM.
Popular dengan cara sendiri, Kak KM antara usahawan yang sering menjadi tumpuan cara promosi produk yang unik.
Jadi, apa salahnya Gempak kongsikan enam rahsia kekal cantik dan awet muda cara Kak KM.
"Pertamanya kena jujur dengan diri sendiri, kedua jangan menganiaya orang, yang ketiga perlu bercakap benar.
"Kemudian, keempat pula jangan hipokrit! Jadi diri sendiri. Kelima, hati kena bersih.
"Manakala, yang keenam bangun awal bagi mendirikan solat!" kongsinya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Kak KM yang popular dengan produk intimasi berasaskan jamu bakal terbabit dalam Star Vendors Festival di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 24 Mei depan.
Festival beli-belah terbesar selama 72 jam tanpa henti itu turut menampilkan produk daripada barisan selebriti terkenal tanah air antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Fizz Fairuz, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
Must-Watch Video