,
Hiburan

'Cantik Macam Bidadari' - Peminat Puji Usaha Zahida Rafik Bertudung

Amri Hassan
25/09/2017
06:22 MYT
Sempena kedatangan tahun baru hijrah Jumaat lalu, pelakon Zahida Rafik mengambil berkat untuk mengenakan imej sopan dan bertudung.
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, pelakon filem Mami Jarum itu telah memuatnaik sekeping gambar bersama ibunya dua hari lalu.
Tulis Zahida bersama emoji senyum: "Selamat Tahun Baru 1439 Hijriah Buat Semua."
Difahamkan, Zahida mengenakan tudung sempena majlis doa selamat yang diadakan bersama keluarga di kediamannya.
Usaha Zahida menarik perhatian peminat dan rata-rata memuji serta mendoakan agar Zahida kekal berhijab.
"Cantik sangat macam bidadari walau tak berhias cantik," tulis salah seorang peminatnya.
"Allah cantik manisnya Zahida berhijab," tulis @ratnawati.nawawi.
"Bertudung lagi cun," tulis @kimykhomeini.
Zahida kini aktif dalam aktiviti kesihatan di gimnasium dan sering menghadiri acara fesyen di ibukota.
Namun, sebagai tanda menghormati tarikh penting dalam kalendar Islam dan menghadiri majlis keagamaan, Zahida akan mengenakan tudung.
Populariti Zahida terbukti menerusi bakat lakonannya dalam filem pecah panggung seperti Senario, Mami Jarum Junior dan Kuliah Cinta.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @zahidarafik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.