,
Hollywood

Camila Cabello Bakal Berlakon Watak Cinderella

Amri Hassan
10/04/2019
09:41 MYT
Penyanyi terkenal antarabangsa, Camila Cabello dipilih sebagai Cinderella dalam edisi terbaharu filem itu yang akan diterbitkan oleh Sony Pictures.
Memetik laporan Astro Awani, naskhah itu akan menjadi filem sulung Cabello dan lebih istimewa, bintang yang terkenal dengan lagu Havana itu juga akan terbabit dalam penerbitan runut bunyi filem tersebut.
Filem berkenaan akan memaparkan versi moden Cinderella, dengan idea asalnya dicetuskan oleh pelakon dan hos televisyen, James Corden.
Kay Cannon yang dikenali sebagai pengarah Pitch Perfect pula dipertanggungjawabkan sebagai pengarah versi reimagined ini.
Portal hiburan antarabangsa melaporkan Sony meletakkan filem ini dalam senarai fast track mereka dan mahu ia diterbitkan secepat mungkin.
Filem Cinderella kali pertama diterbitkan sebagai animasi Disney pada 1950.
Beberapa versi lain pernah diterbitkan selepas itu, antaranya live action pada 1997 yang dibintangi oleh Brandy dan Whitney Houston, dan paling terbaharu pada 2015 dengan Lily James memegang watak utama.
Sumber: Astro Awani Foto: Rolling Stone
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.