,
Laman Utama

Cadar Tak Cuci, Peti Ais Ada Lipas, Resort Milik Usahawan Kosmetik Ini Dikritik Hebat! Sampai Kena...

Hanafis Haris
17/08/2020
16:24 MYT

Seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff berkongsi kisah apabila dia menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk.

Perkara itu dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarganya bercuti ke penginapan tersebut baru-baru ini.

“Tempat ni besar dan cantik. Tapi tu la kesian maintenance dan customer service perlu diperbaiki.

“Mungkin Datuk kena pantau lagi pekerja-pekera di resort. Kesian invest puluh-puluh juta, service dan tempat disampahkan,” katanya.

Jelasnya, terdapat beberapa masalah berlaku ketika di menginap di sana.

“Dekat lobi, air disediakan habis tapi masalahnya bocor sampai habis lantai. Kalau ada yg jatuh terhentak kepala (nauzubillah) hospital terdekat HKL? Bahaya bang.

“Selain itu staff ambil deposit sebab katanya kami kotorkan balik dengan lumpur.

“Masalahnya kawasan luar lecak sebab hujan dan diorang tengah buat kerja naik taraf. Tak ada pili air atau tempat cuci kaki sebelum naik rumah batak ni,” katanya.

Selain meluahkan lagi beberapa perkara seperti aspek kebersihan, individu ini turut berkongsi kisah peti ais yang dihuni lipas.

Since you all asked for the lipas video... And instead of improving his hospitality to his customers yang SUDAH pun supported him, we book 3 days 2 nights... he is giving me a threat??Posted by Abudi Alsagoff on Monday, August 17, 2020

“Satu lagi bilik garuda ada lipas dalam peti ais, memang kotor.

“Rasanya perkerja kat sini kena hantar untuk training hospitality. Ada yang few saja baik layanan, tapi ada juga staff ni layanan dia macam gangster weh.

“Kepada Datuk, maaf kami rela pilih tempat lain melainkan awak perbaiki masalah resort ini,” katanya.

Posting berkenaan kemudian viral di Facebook dan sehingga kini ia telah lah dikongsi sebanyak 5,6000 kali.

Susulan daripada posting tersebut juga, Abudi turut berkongsi mesej yang diterima oleh datuk tersebut.

Mesej berkenaan meminta supaya Abudi memadam posting terbabit atau tindakan bakal diambil.

“Sekarang saya juga ada bukti kelakuan awak. Jangan sampai awak malu, saya ada record CCTV,” katanya.

Anda boleh lihat posting penuh di bawah.

Dalam pada itu, Gempak cuba mendapatkan respon daripada Datuk tersebut berhubung isu berkenaan.

page.
Haritu kami sekeluarga pergi bercuti ke Sugeh Hill Dato @aliffsyukriterlajaklaris Tempat besar dan cantik. Tapi tu la...Posted by Abudi Alsagoff on Sunday, August 16, 2020
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.