“Cadangan Dibawa Untuk Dipertimbangkan” - Menteri Bagi Bayang Rentas Negeri Seawal...
Menerusi laporan Malay Mail, Adham Baba memberi tahu hasrat tersebut berkemungkinan dapat dicapai 18 Mac ini.
“Cadangan ini akan dibawa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan pihak kementerian.
“Oleh itu, kami telah memutuskan bahawa tidak akan ada perjalanan antara negeri hingga 18 Mac,
“Selepas 18 Mac, kami akan melihat apakah data menunjukkan peningkatan, kerana kita telah berhasil menurunkan lengkuk ketika ini.” katanya.
Tambah, perkara tersebut juga akan dikaji secara berkala.
Terdahulu,Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berharap tahun ini rakyat Malaysia dapat menyambut Aidilfitri di kampung.
Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.
BACA : “Doakan Raya Tahun Ni Boleh Balik Kampung,” – Ismail Sabri
Untuk rekod, kes harian COVID-19 kembali menunjukkan penurunan ke angka bawah 2,000 sejak minggu lalu kecuali semalam di mana kes meningkat ke angka 2,063 kes.