,
Hiburan

Butik Pakaian Muslimah Kaburkan Wajah Marissa Dania? Netizen; "Tak Kecil Hati? Dia Kahwin, Benda Baik"

Amri Hassan
20/03/2024
08:25 MYT
Tindakan jenama pakaian muslimah terkenal Leeyanarahman mengaburkan wajah salah seorang model yang difahamkan anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim mengundang pelbagai respons warganet.
Ada yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana boleh menjatuhkan air muka individu berkenaan.
"Tak kecil hati dia ker korang buat macam ni? Ruhainies tu kena tangkap khalwat, Marissa tu kahwin, benda baik.
"Not nicelah buat macam ni, macam cyber bully, fikirlah sebelum buta-buta ikut trend.
"Yang kena censor tu sebab ditangkap khalwat tau, Marissa ni kahwin walaupon sondol suami org. Situasi berbeza.
"Aaahh kenapa tutp muka dia, masa isu tengah hangat korang gak ambik dia jadi model pastu nak ikut trend blur pulak muka budak tu.. patutnya tak yah ambik dari awal bukan sekarang baru tutup muka dia," komen beberapa warganet.

BERITA TRENDING: Tak Sokong Kelakuan Buruk & Kontroversi, Jenama Popular Ini Kaburkan Iklan Ada Wajah Ruhainies?

Dalam video yang berlatar belakangkan lagu raya itu, tiga model wanita berhijab ditampilkan namun salah seorangnya dikaburkan wajah, sama seperti nasib yang menimpa seorang pelakon kontroversi baru-baru ini.
Namun, ada juga yang menyokong tindakan jenama pakaian berkenaan yang bertindak mengaburkan wajah model terbabit.
"Tertanya-tanya juga bila Leeyanarahman nak buat benda sama kat Marissa macam iklan Kitsui. Finally.
"Baru rasa tenang nak beli. Kalau nampak auto nampak tak ada kelas. Cecepat scroll laju," tulis beberapa warganet lain.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Buang Dia Dari Hidup Saya" - Abby Abadi Harap Dapat Sambut Raya Bersama Marissa

Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas dikatakan sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Pasangan terbabit didakwa mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.