Hiburan
Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Jelas Bunga, 24, majlis perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana antara kedua-dua belah keluarga pada tahun lalu.
“Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini, semua urusan dipermudahkan.
“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu,” katanya kepada Gempak.
Bunga Isme berkata demikian ketika menghadiri di majlis sidang media Warner Music Fest 2024 yang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Demi menghormati keputusan kedua-dua belah pihak, Bunga terpaksa menyifatkan perkahwinan mereka sebagai pembuka rezeki baharu dalam kehidupan dan karier.
“Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.
“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga.
“Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya,” jelasnya.
Dalam masa sama, Bunga dan suami belum merancang untuk mendapatkan zuriat dan lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.
"Kami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu memberi fokus terhadap kerjaya. Namun kami tidak menolak sekiranya dikurniakan anak lebih awal," ulasnya.
Sebelum ini, Bunga pernah mendedahkan keluarga Amzar Sabri telah datang bertemu keluarganya untuk majlis merisik pada Februari tahun lalu.
Must-Watch Video