gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
HIBURAN
“Kalau Suka, Okay Kahwin La…” - Hisyam Hamid Tak Gemar Buang Masa Dengan Bercinta Lama-Lama
HIBURAN
“Tahniah Datuk Hafez & Datin Nelydia” - Perkongsian Jurusolek Di IG Raih Perhatian Netizen
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bunga Citra Lestari Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Dalam BCL: Eternal Love - Timeless Romance

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
06/06/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Bunga Citra Lestari Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Dalam BCL: Eternal Love - Timeless Romance

Penyanyi, Bunga Citra Lestari bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia dengan konsert istimewa berjudul BCL: Eternal Love - Timeless Romance pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat para peminat pelantun lagu Aku Pasti Datang itu.
Konsert ‘Eternal Love - Timeless Romance’ akan mempersembahkan deretan lagu popular BCL seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah, serta Memulai Kembali.
Menurut Muhammad Anuar Zaini dari Pulse Project Asia, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi satu pengalaman hiburan beremosi tinggi yang menyentuh jiwa.
“Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya serta produksi bertaraf dunia,” ujar Anuar.
Kedatangan BCL ke Kuala Lumpur sebagai kepulangan ke ‘rumah kedua’ memandangkan sokongan luar biasa yang sentiasa diberikan peminat tempatan terhadap penyanyi tersebut.
Bagi BCL sendiri, konsert ini adalah peluang untuk berkongsi rasa dan kasih sayang dalam suasana intim bersama para peminat di Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong karier seninya sejak lebih satu dekad lalu.
Peminat boleh mendapatkan tiket bermula 6 Jun 2025, jam 3 petang secara eksklusif di Ticket2U. Harga tiket bermula dari RM288 (harga normal) dan RM259 untuk harga pra-jualan (pre-sale).
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki tiket! Pembeli awal juga bakal menikmati diskaun 10% sempena pelancaran rasmi, dengan kuota tempat duduk tertentu dibuka pada harga Early Bird.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Bunga Citra Lestari
#BCL
#BCL: Eternal Love - Timeless Romance
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement