,
Laman Utama

Bundle Jepun Buka Ruang Kebajikan, Sasar Kumpul 300 Keperluan Pakaian Sejuk Untuk Saudara Di Syira

Amri Hassan
03/10/2022
12:05 MYT
Penderitaan Rakyat Syria terutamanya pada musim sejuk menyentuh hati semua pihak. Atas inisiatif itu, Sasuke Outlet yang merupakan butik jualan baju bundle terkenal, membuka ruang bagi pembeli untuk turut sama menyumbang pakaian sejuk kepada badan Amal NGO Syria Care.
Sasuke Outlet barganding bahu dan menyediakan cawangannya sebagai hab pembelian dan pengumpulan pakaian musim sejuk bagi program bantuan musim sejuk 10.0 bersama Syria Care.
Pengarah NCT Supply & Trading Sdn Bhd, Nurul suhaida Abu Sopian berkata, Sasuke mensasarkan lebih 300 helai keperluan musim sejuk dikumpulkan di Sasuke Outlet seperti jaket dewasa, sweater kanak kanak dan selimut tebal.
"Tidak semua rakyat Malaysia memiliki kelengkapan musim sejuk utk disumbangkan. Jadi Sasuke Outlet bersetuju untuk menyediakan pakaian musim sejuk untuk penyumbang pilih dan salurkan terus kepada rakyat syria yang memerlukan," katanya.
Pembeli kini boleh mendapatkan pakaian musim sejuk dengan harga murah dan berpatutan dan seterusnya menyumbangkan pakaian berkenaan bagi kempen itu.
Selain itu, mereka juga boleh menyumbangkan pakaian peribadi musim sejuk kepada Sasuke Outlet di Danau Kota, Seksyen 9 Bangi dan Bandar Kajang, sebelum diserahkan kepada Syria Care dari tempoh 2 Oktober sehingga 8 Oktober 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Hiburan

Lima Kumpulan AKB48 Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di KL, Ada Yang Sanggup Turun Dari Jepun!

gempak
21/08/2024
12:23 MYT
Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan sambutan luar jangka lebih 2,000 peminat tempatan dan luar negara!
Berita

Gara-Gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Tergendala Di Jepun

gempak
21/08/2024
05:55 MYT
Sebanyak 36 penerbangan terpaksa dibatalkan manakala 201 lagi ditangguhkan di Jepun, gara-gara sebilah gunting hilang di sebuah kedai berhampiran pintu masuk balai pelepasan.
Sukan

Pelumba Basikal Trek Jepun Shinji Nakano Mohon Maaf - "Jangan Hina Nama Keluarga Saya"

gempak
12/08/2024
17:50 MYT
Pelumba basikal trek Jepun, Shinji Nakano, memohon maaf, atas insiden pelanggaran dengan wakil negara, Shah Firdaus Sahrom, yang meragut peluang membutirkan pingat dalam acara final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kelmarin.
Sukan

Shah Firdaus Gesa Netizen Henti Serang Atlet Jepun Shinji Nakano

gempak
12/08/2024
17:16 MYT
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti menyerang Shinji Nakano, menegaskan wakil Jepun itu tidak sengaja melakukan pelanggaran dalam aksi final keirin Sukan Olimpik Paris semalam.