,
Hiburan

"Bukan Nak Tiru Raihan!" - Hijjaz Rakam Semula Lagu Sumayyah, Duet Dengan Tomok

Amri Hassan
15/11/2019
01:59 MYT
Kumpulan nasyid popular Hijjaz menafikan tindakan mereka merakamkan semula lagu Sumayyah dengan menampilkan penyanyi Tomok sebagai rakan duet adalah strategi untuk meniru langkah Raihan.
Jelas anggota kumpulan Hijjaz, Munif Ahmad, rakaman semula lagu itu kerana mahu memberikan kelainan kepada versi ketiga rakaman semula lagu Sumayyah itu.
"Kita tak nak buat benda sama seperti sebelum ini. Takkanlah versi ketiga Sumayyah pun masih dinyanyikan Hijjaz sahaja jadi mesti ditampilkan penyanyi lain supaya menampakkan kelainan dan ada daya tarikan.
"Tambah pula, industri sekarang mempertaruhkan single demi single, jadi untuk menampakkan kelainan kita perlu buat sesuatu yang berbeza... bukan siapa tiru siapa pun.
"Lagu Sesungguhnya 2019 Raihan pun mendapat sambutan sebab ada kelainan.
"Kami bukan nak ambil kesempatan pada populariti Tomok tetapi satu sama lain membantu untuk melonjakkan lagi Sumayyah 2019," jelasnya ketika majlis pelancaran lagu Sumayyah 2019 dan finale pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah di DSaji Titiwangsa, semalam.
Terdahulu, Raihan merakamkan semula lagu Sesungguhnya dengan menampilkan penyanyi Alif Satar dan versi terbaharu itu mendapat kembali mencipta fenomena luar biasa.
Tambahnya, lagu Sumayyah dirakamkan bersempena dengan program pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah yang dicetuskan oleh Felinna Body Mist sejak Julai lalu.
"Pada mulanya kami bercadang untuk merakamkan lagu baru untuk program itu tetapi memandangkan ia diinspirasikan daripada versi asal Sumayyah jadi lebih baik buat balik lagu itu dalam versi lebih segar dan moden," tambahnya.
Program Sisfel Mencari Sumayyah merupakan program pencarain ikon muslimah bercirikan mujahidah Islam pertama iaitu Sumayyah yang berani, yakin dan bijak.
Juara ikon Sisfel Mencari Sumayyah, Adella Sofia, akan tampil dalam muzik video terbaharu lagu Sumayyah 2019 yang akan memulakan penggambaran pada Disember ini.
Sumayyah merupakan lagu yang pernah diterbitkan pada tahun 2002 dan pernah juga dirakamkan semula dalam versi orkestra pada tahun 2010.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Markah Penuh Konsert Separuh Akhir! Tomok Mendunia 80%, Namun Nana ...

gempak
03/12/2023
17:50 MYT
Semak markah penuh konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga Tugasan!

gempak
03/12/2023
15:56 MYT
Jumpa di final All Stars Gegar Vaganza!
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Seluar Skinny Harimau Tomok Jadi Perhatian Netizen, Tok Ram Kata - “Stylo Eh!”

gempak
03/12/2023
14:21 MYT
Lain macam Tomok malam ni!