,
Hiburan

"Bukan Mudah Berpantang Tanpa Baby" - Yatt Hamzah

Zulaikha Yusof
30/09/2020
23:22 MYT
Pelakon Yatt Hamzah mengaku tidak mudah untuk mengawal emosi selepas mengalami keguguran anak kelima pada 15 September lalu.
BACA: Yatt Hamzah Alami Keguguran Selepas...
BACA: “Wajib Dimandikan, Dikafankan Dengan…”- Yatt Hamzah Kongsi Cara Pengurusan Janin Yang Gugur
Menurut Yatt, perasaannya berada dalam keadaan rapuh selama 14 hari berpantang.
"Alhamdulillah harini dah habis tempoh berpantang dua minggu selepas keguguran pada 15 September lalu. Ada temu janji dengan Dr Asmah Yun di Hospital Pusrawi.
"Wallahi bukan mudah berpantang tanpa bayi, emosi tak stabil. Sangat rapuh. Sebab itu perlu ada sokongan dari keluarga terutama dari suami. Terima kasih suami syurgaku @zulfadhli_khiruddin.
"Namun Alhamdulillah masih ada kakak-kakak baby. Hawa pun masih lagi baby. Harini baru masuk 9 bulan. Happy 9 months old anak bonda Suci Hawa Zulaikha.
"Alhamdulillah bonda bersyukur walaupun tiada rezeki nak menimang anak kelima, bonda masih ada empat lagi anak yang perlu diberikan perhatian untuk dibesarkan dan dididik dengan sempurna.
"Insya-Allah amanah Allah ini akan tetap jadi keutamaan. Semoga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran buat bonda dan semua ibu-ibu di luar sana yang tak pernah sunyi diduga dengan pelbagai ujian," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Yatt, 40, berharap agar golongan ibu yang ditimpa nasib sama sepertinya akan terus kuat dan menerima suratan takdir.
"Buat ibu-ibu yang pernah dan sedang mengalami keguguran seperti bonda, jangan bersedih. Percayalah inilah yang terbaik buat kita. Mungkin kehamilan itu akan membawa mudarat yang lebih buruk buat si ibu atau bayi itu sendiri.
"Sebab itulah Allah menjadikannya sebegini kerana Allah lebih tahu sedangkan kita manusia tiada daya upaya dan tak tahu," tulisnya lagi.

Alhamdulillah harini dah habis tempoh berpantang 2 minggu selepas keguguran pd 15 September lalu. Ada appointment dg Dr Asmah Yun di Hospital Pusrawi. Wallahi bukan mudah berpantang tanpa bayi, emosi tak stabil.. Sgt rapuh. Sebab itu perlu ada support dari keluarga terutama dari Suami. Terima kasih suami Syurgaku.. @zulfadhli_khiruddin . Namun Alhamdulillah masih ada kakak2 baby. Hawa pun masih lg baby. Harini baru masuk 9 bulan. Happy 9 months old anak Bonda Suci Hawa Zulaikha. . Alhamdulillah Bonda bersyukur walaupun tiada rezeki nak menimang anak kelima, Bonda masih ada 4 lg anak yg perlu diberikan perhatian utk dibesarkan dan dididik dg sempurna. In shaa Allah amanah Allah ini akan ttp jadi keutamaan. Semoga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran buat Bonda dan semua ibu2 di luar sana yg tak pernah sunyi diduga dg pelbagai ujian. . Buat ibu2 yg pernah dan sedang mengalami keguguran seperti Bonda, jangan bersedih. Percayalah inilah yg terbaik buat kita. Mungkin kehamilan itu akan membawa mudarat yg lebih buruk buat si ibu atau bayi itu sendiri. Sebab itulah Allah menjadikannya sebegini. Kerana Allah lebih tahu sedangkan kita manusia tiada daya upaya dan tak tahu. . Terima kasih Allah. Alhamdulillah..? . . Nampak tak apa Birthday Girl baby Hawa buat dalam her fav Double Stroller #NunaDemiGrow by @nuna_malaysia ? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #tamattempohberpantangkeguguran14hari#bondaYattkeguguran #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #BondaYattberpantang #berpantang #pantang14hari #AllahyarhamMuhammadAbdullah #ALFATIHAH #miscarriage #miscarriagesupport #miscarriageawareness #miscarriagesurvivor

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Menerusi perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.
Sementara dalam perkahwinan pertamanya yang terdahulu, Yatt mempunyai seorang lagi anak iaitu Suci Hanania Malika.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.