,
Berita

Bukan Misha Omar Atau Liza Hanim, Aishah Diramal Ganti Tok Ti Nyanyi Aku Bidadari Syurgamu di SFMM35

Maliah Surip
21/11/2020
08:10 MYT
Nama penyanyi Misha Omar sempat dikhabarkan akan menggantikan Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu hitnya, Aku Bidadari Syurgamu dalam Semifinal Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang akan berlangsung malam ini.
Namun, pelantun lagu Tanpa Rela itu telah menafikan dirinya akan menggantikan posisi Datuk Siti atau Tok Ti di pentas pertandingan berprestij tersebut.
Sejak penafian yang dibuat Misha, spekulasi tentang siapa pengganti Tok Ti yang dipilih untuk mendendangkan lagu tersebut bertebaran.
Peminat mula meneka dan memberi pandangan siapa gerangan penyanyi yang boleh mendendangkan Aku Bidadari Syurgamu dengan baik, sekali gus membawanya ke pentas final.
Lantas ada banyak nama penyanyi tanah air yang diusulkan. Antara nama penyanyi yang ditebak oleh peminat dan netizen terutama di laman Twitter akan membawakan lagu tersebut pada malam ini adalah Liza Hanim dan Aishah. Selain itu nama penyanyi Nora turut disenaraikan sebagai pengganti.
Sama ada ia akan dinyanyikan oleh Liza Hanim atau Aishah mahupun Nora, mereka mempunyai vokal mantap dan masing masing pernah memenangi pelbagai anugerah hiburan tempatan sejak membabitkan diri dalam bidang seni.
Namun Liza Hanim menerusi Insta Storynya turut menafikan dia akan membawakan lagu tersebut.
Jika bukan Misha ataupun Liza, Aishah dilihat sebagai penyanyi yang paling menepati ramalan pengganti Tok Ti. Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, identiti penyanyi yang akan menggantikan Tok Ti belum diketahui.
Lagu Aku Bidadari Syurgamu dihasilkan oleh Ippo Hafiz sebagai komposer, manakala liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah. Ia diterbitkan bersama Siti Nurhaliza Production (SNP), MVM Production Sdn. Bhd. dan Universal Music. Lagu tersebut terkandung dalam album baharu Tok Ti, ManifestaSITI2020.
Sementara itu, Gempak yang menghubungi Misha Omar untuk memastikan bukan dirinya yang akan membawa lagu tersebut mengucapkan Good Luck buat siapapun yang akan menyanyikan lagu tersebut.
"Iya, memang bukan saya. Tapi saya percaya siapapun penggantinya, kita mempunyai banyak penyanyi tanah air yang hebat. Good Luck.
"Saya juga harap peminat tidak membandingkan cara nyanyian atau siapapun penggantinya. Marilah kita sokong industri hiburan kita agar berkembang dengan sihat," kata Misha.
Instagram: @ctdk, @aishahjmm, @lizahanim79
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.