HIBURAN
Bukan Menghilangkan Diri, Nur Nilam Sebenarnya Sedang…
Isteri kepada Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz menafikan menghilangkan diri sejak memfailkan fasakh terhadap suaminya pada 9 April lalu.
Jelas Nilam, dia kini berada di Thailand untuk menjaga ibunya yang kini sedang dimasukkan ke hospital.
“Masih kat sini, ni ada je tau, tak bersedih pun tau, tengah busy jaga syurga je,” ujarnya ringkas.
Mengulas lanjut, Nilam juga berkata dia berkemungkinan akan berada di Thailand selama seminggu bagi memantau kesihatan ibunya itu.
"Saya dekat hospital, tengah tunggu doktor untuk periksa kesihatan mak saya. Kalau dah okay baru boleh bawa balik sebab kat sini mereka check dengan sangat teliti.
“Mereka akan check sebaik mungkin, kita tengok macam mana. Anda doakan yang baik-baik, mungkin saya kat sini seminggu lagi kot,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatan ibunya dan agar semua urusan dipermudahkan.
Terdahulu, kisah rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz kembali menjadi perbualan netizen di laman sosial selepas isterinya berkongsi video muncul di mahkamah baru-baru ini.
Nilam sebelum ini turut mendedahkan suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Must-Watch Video