,
Laman Utama

"Bukan Macam Suami Hang!" - Tegur Eyra Hazali Buat Netizen Suka Takut-Takutkan ...

Syafiqah Jalal
03/12/2022
04:46 MYT
Pelakon Eyra Hazali beri sedikit teguran kepada individu yang suka menakut nakutkan tentang perkahwinan.
Eyra memberitahu tidak adil jika semua perkara hendak dipukul rata.
""Kahwin dulu. Sebelum dan selepas kahwin lain, jangan puji melambung". Rasanya tak perlu dah kan komen macam ni?
"Kenapa nak pengaruh orang yang perkahwinan ini menakutkan? It's not their fault that your marriage didn't work," tegasnya.
Eyra berkongsi pendapat itu di satu ciapan di Twitter.
Katanya lagi, adalah lebih baik jika kita mendoakan dengan yang baik-baik.
"Doa jela baik baik? Manusia pun lain lain, bukan semua macam laki hang," katanya.
Tidak pasti punca status itu dinaikkan, bagaimana pun ia telah mendapat perhatian pengguna laman sosial berkenaan yang turut menyokongnya.
"setuju hang yang dapat laki entah apa apa nak pukul rata semua perkahwinan sama," balas salah seorang pengguna laman sosial itu.

"Pada saya setiap orang kena beringat jika happy, jangan happy sangat, kita tak tahu apa berlaku masa depan," komen salah seorang netizen

Eyra mendirikan rumah tangga dengan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli, pada 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan dua orang zuriat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Unitar