,
Laman Utama

Bukan Lagi Twitter Tapi X, Selamat Tinggal Burung Biru

Maliah Surip
24/07/2023
09:49 MYT
Platform media sosial milik Elon Musk, Twitter kini mahu dikenali sebagai X.
Itulah pengumuman terkini yang dibuat Mask menerusi bebenangnya hari ini.
“Logo interim X akan digunakan bermula hari ini,” cuit Musk.
Dia juga menyatakan Twitter kini diakses sebagai X.com. Malah menjawab kepada salah satu pertanyaan netizen, Musk mengatakan X akan menjadikan platform tersebut lebih hebat berbanding sebelum ini.
Musk juga mengatakan sepatutnya sudah lama menukar atau rebranding platform tersebut.
Twitter selama 17 tahun diperkenalkan kepada pengguna media sosial menggunakan lambang burung berwarna biru.
Musk membeli Twitter pada Oktober 2022 dan sejak itu nama syarikat tersebut juga ditukar kepada X Corp.
Sejak mengambil alih Twitter, Musk juga telah membuat beberapa keputusan yang membangkitkan kemarahan pengguna termasuk meletakkan limit atau kadar akses dalam sehari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.