,
Viral

Bukan Kerambit Tapi Gunting, Polis Sedang Kesan Pemain Bola Samseng

Gempak
05/08/2024
18:55 MYT
Salah seorang pemain pasukan Farouk FT didakwa telah menggunakan peralatan tajam ketika di dalam sebuah perlawanan liga sosial.
Menerusi perkongsian seorang individu yang menggunakan nama akaun Aliff Akhmal, yang tular di Facebook, kejadian tersebut dipercayai berlaku di padang KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Difahamkan, pemain itu bertindak di luar kawalan dengan menggunakan senjata tajam ketika terbabit dalam suatu insiden pergaduhan.

BERITA TRENDING: UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun

BERITA TRENDING: Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau

Melihat kepada gambar tular itu, pemain berkenaan berniat untuk mengayun tangan kanan yang terdapat kerambit digenggamannya ke arah orang di depannya.
Sekiranya benar-benar terkena pihak lawan, maka ia pasti boleh membawa padah hingga boleh meragut nyawa seseorang.

Bukan kerambit tetapi gunting

Bagaimanapun, dalam perkembangan lain, senjata tajam tersebut dipercayai bukan kerambit namun sebilah gunting yang dipercayai untuk memotong stoking dan straping.
BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan
BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Lazim Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan seorang pemain bola sepak yang disyaki membawa senjata tajam dalam kes pergaduhan tersebut.
Menurutnya lagi, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun pada pukul 2.21 pagi, Isnin.

"Ketika kejadian pengadu menyatakan berlaku perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan.

"Dia mendapati pemain dari pihak lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang serta mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukan pengadu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, polis sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat bagi membantu siasatan lanjut. "Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, pengecaman suspek sedang dibuat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
Sumber: Majoriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pemain Bola Sepak Amatur Tunjuk Kerambit Dipenjara

gempak
16/08/2024
07:49 MYT
Tindakan seorang pemain bola sepak amatur menunjukkan senjata kerambit semasa perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA, minggu lalu, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi lelaki itu hukuman penjara 14 hari, bermula Jumaat.
Berita

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang, Kekasih Ditahan

gempak
09/08/2024
16:55 MYT
Seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan senjata tajam dipercayai kerambit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan bola sepak baru-baru ini ditahan polis pada Khamis.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pasukan Badminton Indonesia Jadi Mangsa Kecurian, Rugi RM258,000!

gempak
06/08/2024
13:25 MYT
Malang tidak berbau. Itulah gambaran yang dihadapai oleh pasukan badminton Indonesia apabila mereka terlibat dengan kes kecurian saat berada di Paris, semalam.
Viral

Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak - "Rambut Panjang Tak Masuk Mereka..."

gempak
02/07/2024
08:55 MYT
Seorang individu meluahkan rasa berans selepas seoranng guru sebuah sekolah agama dipercayai memotong rambut anak lelakinya tanpa meminta izin.
Sukan

Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun

gempak
01/07/2024
01:34 MYT
Khabar duka kem badminton China apabila pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam Ahad.