,
Laman Utama

Bukan Hanya Berlakon, Lagu-Lagu Dalam Filem Backstage Dinyanyikan Sendiri Oleh Sissy Priscillia & Vanesha Prescilla!

Asraf Aided
26/01/2022
14:11 MYT
Umum mengetahui bahawa filem Backstage telah menjengah pawagam di Malaysia sejak minggu lalu.
Dibintangi adik beradik popular Indonesia, Sissy Priscillia dan adiknya, Vanesha Prescilla.
Seperti yang diceritakan Vanesha, antara perkara menarik mengenai filem tersebut adalah lagu-lagu yang ditampilkan dinyanyikan sendiri oleh mereka dua beradik.
"Saya nak beritahu kepada orang ramai bahawa lagu-lagu dalam filem ini dinyanyikan sendiri oleh kami berdua.
"Anda boleh mendengarkannya juga di mana-mana platform muzik seperti Spotify, Apple Music dan lain-lain," katanya dalam sesi virtual bersama media di Malaysia baru-baru ini.
Sementara Sissy menambah, suara adiknya itu amat merdu dan harus didengar oleh orang ramai.
"Ada tujuh lagu semuanya, empat daripadanya adalah nyanyian semula lagu-lagu Indonesia dan tiga lagu lagi ditulis khusus untuk filem Backstage.
"Suara Vanesha pun best, cubalah dengar ya!" katanya mesra.
Selain adik beradik itu, Backstage turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.
Filem ini diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kerjasama dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia.
Nak tahu lebih tentang apa yang berlaku dalam filem Backstage? Jangan lupa saksikannya di pawagam berdekatan anda! Ia sudah mula ditayangkan di seluruh negara bermula Khamis minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.