,
Laman Utama

"Buka Semula Sempadan Berita Gembira Untuk ..." - Pelancongan Target Jana Hingga RM77 Juta Bilion Pada 2025

Gempak
10/04/2022
21:28 MYT
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis menjelang tahun 2025, penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa boleh mencecah antara RM47 hingga RM77 bilion menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pada tahun ini saja, kerajaan menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion.
Katanya, sejak sempadan negara mula dibuka, minggu pertama mencatatkan kemasukan pelancong ialah seramai 252,000 orang.
"Kita masih memantau angka kemasukan pelancong dan tidak mustahil apabila negara seperti China dan Jepun sudah membenarkan penduduknya keluar, kita akan mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong itu nanti.
"Di MOTAC, kita sentiasa mendidik orang ramai bahawa Malaysia adalah negara yang selamat kerana kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malah boleh dikatakan negara kita lebih bersih berbanding sebelum pandemik.
"Ini kerana SOP yang dilakukan, sanitasi setiap tempat dengan kerap, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih lagi diamalkan hingga kini," katanya ketika merasmikan Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli pada Ahad.
Objektif kempen itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah dengan memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat.
Yang turut hadir Pengasas Ola Oli dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.
Nancy berkata, dalam masa yang sama, kerjasama oleh beberapa agensi untuk menggerakkan sektor pelancongan juga amat digalakkan.
"Elemen pelancongan membabitkan kanak-kanak juga perlu dipertingkatkan, justeru saya turut menggalakkan setiap ibu bapa mendapatkan vaksinasi kepada mereka.
"Selain itu, umpamanya makanan tambahan juga penting untuk menggalakkan imunisasi kanak-kanak dengan produk buatan tempatan yang berkualiti tinggi dan pastinya berdaftar.
"Kempen ini dilihat mampu menyuburkan semula budaya 'mencegah lebih baik daripada merawat' yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia, dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal," katanya.
Sementara itu, Dr Shasa berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.
"Objektif kami memperkenalkan Perjalanan Selamat Kanak-kanak adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.
"Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Berita

Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

gempak
09/06/2024
22:00 MYT
Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing yang akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri khususnya dalam menarik kedatangan pelancong antarabangsa.
Berita

Bangunan MOTAC Terima Ancaman Bom, Kakitangan Diarah Kosongkan Bangunan

gempak
05/06/2024
09:50 MYT
Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini dilapor telah diarah mengosongkan bangunan tersebut sekitar jam 3.40 petang.
Viral

Usahawan Rugi RM2 Juta, Kena 'Tikam' Kawan Baik! - "Saya Murung, Susut 20Kg, Hampir Bunuh Diri Sebab Stress"

gempak
23/03/2024
05:36 MYT
Ezan Ithnin yang hampir membunuh diri akibat tertekan ditipu oleh rakan baik sendiri.