,
Laman Utama

"Buka Peti Sejuk Je Saya Terfikir...." - Allahuakbar! Impak Long Covid, Maria Tunku Sabri Alami Semput, Penat &...

Hanafis Haris
07/02/2022
03:45 MYT
Semput dan mudah lupa, itu antara kesan yang terpaksa dilalui pengacara popular, Maria Tunku Sabri selepas pulih daripada Covid-19.
Menurut Maria, dia akui sejak pulih daripada wabak berkenaan, dia menjadi mudah penat dan letih.
Malah menurutnya, akibat dijangkiti virus tersebut sekitar Oktober tahun lalu, dia juga kehilangan berat badan sebanyak tujuh kilogram.
“Banyak perubahan yang saya rasakan pada diri contohnya mudah penat dan semput.
"Biarpun ada pembantu rumah, saya lebih selesa melakukan kerja sendiri.
“Jika dahulu saya boleh mencuci dan mengemas rumah tiga tingkat, kini saya perlu berehat seketika kerana terlalu letih.
“Selain itu, saya juga mudah lupa. Itu yang menyebabkan saya jarang memuat naik video memasak kerana banyak tergendala.
"Kadang kala saya sudah membuka peti sejuk, namun terfikir apa barang yang ingin saya ambil tadi,” katanya.
Jelasnya, apa yang lebih bimbang, penyakit asma yang dialaminya dulu kembali menyerang selepas pulih daripada virus Covid-19.
"Saya terpaksa bawa ubat sedutan asma sekiranya penyakit itu menyerang ketika bekerja," katanya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) turut mendapati masih berbaki kesan akibat virus Covid-19.
“Baru-baru ini saya menjalani ujian kesihatan di IJN dan membuat pemeriksaan untuk mengkaji tahap kesihatan.
"Masih ada sedikit titik-titik pada bahagian paru-paru dan mereka menyarankan saya untuk melakukan latihan pernafasan.
“Oleh itu, saya melakukan senaman pernafasan itu sebanyak 10 set setiap hari. Alhamdulillah, selera dan deria rasa juga sudah kembali secara perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2022.
Pada majlis berkenaan, satu platform atas talian diwujudkan bagi mempromosikan produk usahawan kecil dan sederhana (IKS).
Sekadar info, bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad itu terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Oktober tahun lalu.
Difahamkan, bacaan darah tinggi Maria ketika itu sangat rendah selain degupan jantung laju dan demam gara-gara dijangkiti Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar