,
Viral

Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"

Muhammad Firdaus
25/03/2024
08:55 MYT
Sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti ramai umat Islam mengambil peluang beramal ibadah menunaikan solat terawih di masjid.
Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook, seorang individu menitipkan pesanan terhadap jemaah yang sering kali bertukar-tukar masjid (masjid hoppers) supaya menghormati 'budaya' di 'tempat' orang.
Menurut individu itu, sebagai 'pendatang', jemaah tidak boleh sewenang-wenangnya memenuhi saf yang kosong kerana dibimbangi sudah diduduki oleh orang lain.
"Memo khas untuk kawan-kawan yang kaki solat tarawih tiap malam di masjid berbeza (masjid hoppers).
"Duduk saf pertama memang sebaik-baik tempat dalam masjid/surau. Tapi awak kena ingat, itu bukan masjid awak. Awak tak tahu budaya dan amalan dekat masjid tu. Jangan asal nampak sejadah atau tempat kosong je, awak terus nak duduk dekat saf pertama.
"Mungkin saf pertama tu, walaupun awak nampak kosong ada tempat kosong, tetapi sebenarnya dah ada tuannya," tulisnya.
Bagaimanapun, entri itu tidak diterima baik oleh netizen kerana dianggap bercanggah dengan hadith dan ajaran agama.
"Orang macam awak ni lah yang menyebabkan orang malas nak ke masjid/surau. Takut nanti dah bagus banyak amalan sekali di pintu syurga malaikat pula halang awak masuk syurga tuan haji sebab bersifat sebegini,"
"Bercanggah dengan hadith fadhilat saf pertama,"
"Dalam adat tak ada, dalam adab pun tak adam, apatah lagi dalam ajaran sunnah. Malah dikhuatiri berdosa pula."
Dalam pada itu, pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin turut meninggalkan komen berkaitan hal berikut dari segi agama.
"Tiada istilah 'cop tempat' dalam saf masjid, saya juga selalu diletakkan di port VIP masjid/surau, tapi kalau port kita orang dah ambil, saya akan cari port lain. Simple! Masjid ni rumah Allah, bukan hak kita. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa," tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 4,000 tanda suka dan hampir 8,000 komen di Facebook.
Sumber: Facebook

BERITA TRENDING: Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

BERITA TRENDING: Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati - "Kalau Depan Aku Ni..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.