,
Hiburan

“Budak-Budak Rasa Tak Logik Tapi Benda Tu Pernah Berlaku 14 Tahun Dahulu” – Mawi Terkenang Fenomena Tsumawi

Mya Amri
08/04/2019
07:07 MYT
Pelakon dan pengarah filem Tiada Tajuk, Mawi mendedahkan terdapat beberapa babak dalam filem itu merupakan pengalamannya ketika menjadi fenomena Tsumawi selepas menjuarai program Akademi Fantasia pada tahun 2005.
Mawi juga menjelaskan babak-babak di dalam filem itu juga tidak memerli mana-mana pihak.
“Ya ada beberapa babak itu memang kisah dan pengalaman saya sendiri yang dilalui suatu ketika dahulu.
“Sebagai contoh babak ketika balik kampung, memang scene tarik-menarik itu berlaku cuma pada waktu itu peminat tarik topi dan baju saya.
“Jadi daripada pengalaman itulah saya bawa masuk ke dalam filem Tiada Tajuk ini. Memang budak-budak sekarang rasa benda itu tak logik tapi babak itu pernah berlaku 14 tahun dahulu, tahun 2005.
“Sebenarnya cerita ini lebih kepada rekaan sahaja dan tidak ada langsung unsur-unsur memerli mana-mana pihak,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Selain Mawi, filem ini juga turut dibintangi oleh Hazama, Along Cham dan Joey Daud.
Filem Tiada Tajuk juga sudah mula ditayangkan di 100 pawagam sejak 4 April lalu.
Foto: Instagram @cahayaasmawi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.