BERITA
Budak Lima Tahun Dipukul Hingga Mati Kerana Tidur Lewat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di wilayah Shandong, China, maut selepas dipukul secara kejam oleh ibu kandung dan teman lelakinya dipercayai kerana tidur lewat.
Selama tiga hari, pasangan itu didakwa mendera kanak-kanak malang tersebut tanpa menghiraukan rayuannya, sebelum dia akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Kes mengejutkan itu dibicarakan di Mahkamah Rakyat Perantaraan Weihai pada 25 Mac lalu.
Mahkamah dimaklumkan bahawa ibu mangsa, Chen, dan teman lelakinya, Shi, merancang memukul mangsa selepas berbincang mengenai waktu tidur anaknya pada 22 Mac tahun lalu.
Dari 23 hingga 26 Mac 2024, kanak-kanak itu didera dalam lima siri serangan ganas.
Hasil siasatan mendapati Shi bertindak sebagai pelaku utama yang memukul mangsa, manakala Chen hanya berdiam diri walaupun anaknya merayu belas kasihan.
Mangsa mengalami hentakan berulang di bahagian dada dan perut, menyebabkan hati pecah serta pendarahan dalaman yang berlebihan.
Akhirnya, dia mengalami kejutan hemoragik yang meragut nyawanya.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video