,
Berita

Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap

Mya Amri
04/09/2024
16:50 MYT
Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, akhirnya buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap.

Berjaya ditangkap

Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi @bernamaofficial hari ini.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video yang merakamkan buaya tersebut berada di dalam perangkap sebelum diangkat ke atas darat.

“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya menangkap seekor buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 malam ini susulan kemunculan reptilia itu di kawasan rekreasi berkenaan sejak beberapa hari lepas.

“Sebelum ini, Perhilitan Selangor dilaporkan memasang dua perangkap di tasik berkenaan bagi menangkap buaya itu manakala Majlis Bandaraya Shah Alam memasang jaring di lima saluran air bagi mengelak haiwan berkenaan terlepas,” maklum hantaran berkenaan.
Terdahulu, kawasan sekitar Tasik Seksyen 7 ditutup sementara mulai jam 8 malam tadi bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh PERHILITAN Selangor.
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga reptilia itu ditangkap.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Berita

Berpuluh Buaya Muncul Depan Rumah Selepas Air Sungai Melimpah

gempak
05/09/2024
11:55 MYT
Terdapat beberapa kes mengenai serangan buaya terhadap haiwan seperti anjing, kucing dan lembu di mana penduduk pernah melihat reptilia itu mengigitnya dan membawa masuk ke dalam sungai.
Berita

Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

gempak
03/09/2024
05:20 MYT
Susulan tular satu hantaran di media sosial berhubung kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 77, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu.