,
Laman Utama

Buat TikTok Untuk Kekal Relevan, Faizal Hussein Tetap Berpesan Ada Batasnya; “Media Sosial Is Not Everything, Privasi Tetap Kena Ada”

Shahrin Zulkifle
08/10/2022
12:00 MYT
Pelakon senior Faizal Hussein tidak menyangkal bahawa media sosial merupakan platform yang penting bagi seorang penggiat seni untuk kekal relevan ketika ini.
Menurut Faizal, seiring dengan perubahan yang berlaku dalam industri seni, semua pihak hendaklah memainkan tanggungjawab masing-masing membantu menjayakan sesebuah naskhah.
Malah, dirinya sendiri telah membuka satu akaun TikTok bagi mempromosikan drama terbaharu lakonannya, One Cent Thief.
“Sebagai seorang pelakon pada zaman sekarang, saya dan rakan artis telah diminta untuk buat promosi di media sosial untuk sesuatu projek yang bakal keluar, sama juga macam drama saya One Cent Thief ini.
“Dalam kontrak filem ini sudah dinyatakan untuk buat promosi filem pada Facebook, Instagram dan TikTok. Jadi untuk kekal relevan dalam industri, saya yang umur dah 55 tahun perlu ada akaun TikTok juga,” katanya.
Faizal ditemui ketika majlis malam gala tayangan drama Astro Original Series, One Cent Theif bertempat di Dadi Cinema Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi Faizal sendiri, dia tidak menyangka apabila beberapa video yang dikongsi di TikTok menerima jutaan tontonan daripada wargamaya.
“TikTok saya dikawal dan dibantu oleh anak perempuan saya, jadi apa acara yang saya hadir macam GegarVaganza dan sebagainya dia akan rakam dan jadikan konten.
“Kadang-kadang saya tak sangka video saya dapat berjuta tontonan, ada juga yang bergurau nak jadi menantu saya. Walaupun saya buat TikTok atas dasar kerja, tetapi saya rela dan suka,” kongsinya lagi.
Pun begitu, Faizal tetap mengingatkan dirinya dan rakan selebriti lain agar tidak terlalu taksub kepada media sosial sehingga mendatangkan kesan buruk dan mencalarkan imej sendiri.
“Sebagai seorang artis jangan terlalu taksub dengan sosial media, media sosial is not everything, privasi tetap kena ada.
“Kalau untuk saya sebagai seorang pelakon, saya perlu tahu apa yang saya muat naik dan tidak mendatangkan aib kepada sesiapa,” tambahnya.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabion Loo, Aghonderan Sahadevan, Pablo Amirul dan ramai lagi.
Sinopsis
One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.
Saksikan One Cent Thief bermula 7 Oktober ini yang akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria (104), Astro Vinvmeen HD (202), Astro Shuang Xing De (307) dan PRIMEtime (704).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Hiburan

Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu  – “Kami Dilayan Seperti…”

gempak
13/08/2024
11:55 MYT
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan kemunculannya dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah antara tanggungjawab yang terbesar yang digalasnya sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

gempak
13/08/2024
06:55 MYT
Aktor Syafiq Kyle mendedahkan ada pihak yang melabelnya artis bermasalah sehingga ada pihak yang enggan mengambilnya bekerja kerana takut berdepan kerugian.
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

gempak
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.