,
Laman Utama

Buat Majlis Kahwin Kecil-Kecilan, Vanidah Imran Mohon Maaf Jika Ada Pihak Terasa

Azwa Rahman
16/07/2022
13:35 MYT
Pelakon jelita Vanidah Imran memohon maaf andai ada pihak yang terasa hati jika tidak diundang ke hari bahagianya bersama suami, Arifabillah Idris.
Menurut Vanidah atau lebih mesra di sapa sebagai Vee, 49, dia membuat majlis secara kecil-kecilan atas faktor kesihatan kedua-dua orang tua mereka.
“Majlis diadakan kecil-kecilan sahaja kerana mengambil kira faktor kesihatan kedua ibu bapa kami. Mohon maaf jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang terasa hati,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum itu melahirkan penghargaan buat semua doa dan ucapan tahniah yang diterima bagi melayari bahtera rumah tangga untuk kali kedua.
“Vee nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atau ucapan tahniah, ingatan dan kiriman doa dari semua, sama ada secara peribadi mahu pun di media sosial.
“Moga Allah SWT kabulkan doa-doa tersebut dan dikembalikan juga pada anda semua. Kami berasa syukur dan sangat terharu dengan ucapan dan komen positif dari semua.
“Terima kasih sekali lagi atas segala kasih, doa dan sokongan yang diberikan selama ini. Vee sangat menghargainya,” ucapnya lagi.
Pada 7 Julai lalu, Vee dan Arifabillah disatukan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis di ibu kota.
Vee menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Terdahulu, Vanida pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal, Rashidi Ishak pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pasangan ini sah bercerai pada Ogos 2018.
Kredit foto: Instagram @jaydeesm, @sharifah_amani dan @rizmanruzaini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Vanidah Imran Gembira Rashidi Ishak Pilih Wan Hasliza Sebagai Isteri - “Sebenarnya Saya Sudah Lama Tahu Mereka…”

gempak
03/03/2023
01:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Vanidah Imran Persiapkan Diri Menjadi Muslimah Lebih Baik - “Kalau Pakai, Tapi Jiwa…”

gempak
02/03/2023
08:50 MYT
Insya-Allah...
Laman Utama

Vanidah Imran Kongsi Pengalaman Nikah Kali Kedua: “Abah Kata No, Usia Awak Tak Sesuai Kahwin Lagi…”

gempak
30/12/2022
02:43 MYT
Pernikahan di antara Vanidah, 49, dengan Arifabillah Idris, 43, adalah yang kedua kali bagi pasangan ini.
Laman Utama

Top 5 Artis Usia Lebih 40 Tahun Tapi Tetap Cantik! Kulit Pun Flawless!

gempak
29/12/2022
07:34 MYT
Cantik-cantik semuanya, memang nampak muda.
Laman Utama

Vanidah Imran Kini Kembali Bergelar Isteri, Punya Sebab Rahsia Tarikh Pernikahan

gempak
07/07/2022
04:58 MYT
Tahniah!