HIBURAN
“Buat Isteriku Nilam, Aku Masih Menyayangimu Malah…” - Azlan Komeng
Kisah rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz kini menjadi perbualan netizen di laman sosial selepas isterinya berkongsi video muncul di mahkamah baru-baru ini.
Luahan perasaan
Tiada kenyataan daripada kedua-dua pihak, Azlan bagaimanapun memuat naik perkongsian di TikTok yang menggambarkan perasaannya kini.
“Ramai yang hanya melihat dari pandangan emosi diri sendiri tanpa mahu tahu apa yang sedang aku lalui, hujatan demi hujatan hanya membuat senyuman aku lebih lebar dan manis.
“Resamnya manusia akhir ini melihat sudah merasa tahu sedang tahu dan melihat itu sangat besar bezanya… mungkin harus belajar tahu melihat dahulu,” kongsinya.
Masih sayang
Pada perkongsian yang sama, Azlan turut meluahkan rasa cinta terhadap isterinya.
“Buat isteriku Nilam… aku masih menyayangimu malah lebih dari dahulu… meski sekarang kau masih belum tahu,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Nilam berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah Syariah, Isteri Azlan Komeng Seakan-Akan Beri Bayangan Bakal Berpisah? - “Aku Memilih Pergi Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Pergi Scan Untuk…” - Nur Nilam Ortiz Tampil Beri Penjelasan Salah Faham Video Ultrasound
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Seakan Buat Imbasan Ultrasound, Netizen Syak Isteri Azlan Komeng Hamil - “Kena Gaduh Dulu Ya kak, Tup Tup Mengandung”
Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri.
Bagaimanapun Azlan ketika dihubungi Gempak memberitahu dia memerlukan masa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai perkongsian isterinya.
“Bagi saya masa sikit,” kata Azlan secara ringkas kepada Gempak.
Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Nilam bagaimanapun gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.
Terdahulu, Nilam turut mendedahkan suaminya suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
@azlankomeng_official Ramai yang hanya melihat dari pandangan emosi diri sendiri tanpa mahu tahu apa yang sedang aku lalui, hujatan demi hujatan hanya membuat senyuman aku lebih lebar dan manis. Resamnya manusia akhir ini melihat sudah merasa tahu sedang tahu dan melihat itu sangat besar bezanya… mungkin harus belajar tahu melihat dahulu… buat isteriku Nilam… aku masih menyayangimu malah lebih dari dahulu… meski sekarang kau masih Belum tahu… #nilambidadariku #love #mylove #mywife #bidadariku ♬ suara asli - naimahimranima
Must-Watch Video