,
Laman Utama

“Buat Content TikTok Lain, Bila Berlakon Mencabar Sangat Sebab…”- Mek Yun

Syafiqah Jalal
23/02/2022
11:33 MYT
Influencer atau pempengaruh, Mek Yun akui teruja apabila diberi peluang berlakon pertama kali dalam filem Hantu Mok Joh.
Kata Mek Yun, dia menerima tawaran berlakon filem komedi seram itu adalah kerana Hantu Mok Joh menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya.
“Saya teruja bila dapat sahaja tawaran untuk berlakon filem ini. Saya tidak berfikir panjang apabila diberitahu filem ini menggunakan sepenuhnya dialek Kelantan.
“Saya kata ini pasti menyeronokkan dan saya pun terus diterbangkan ke Kelantan untuk menjalani penggambaran,” katanya.
Mek Yun yang merupakan gadis cina tetapi fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan itu bercakap demikian dalam sesi temu bual di IG Live bersama penyampai radio Gegar, Shah.
Membawa watak Stawa Li, Mek Yun turut berkongsi cabaran apabila berlakon berbanding membuat ‘content’ untuk akaun TikTok.
“Ia memang betul-betu mencabar. Kalau buat ‘content; saya hanya bercakap depan telefon dan seorang sahaja tetapi bila berlakon ini saya terpaksa berhadapan dengan kamera dan ramai kru yang melihat.
“Pada mulanya iu memang amat gementara dan agak kekok sedikit tapi lama kelamaan saya dapat biasakan diri,” katanya lagi.
Selain Mek Yun, Hantu Mok Joh turut dibarisi pempengaruh lain seperti Pak Duan dan Asrulfaizal.
Hantu Mok Joh dibintangi pelakon hebat seperti seperti Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aprena Manrose filem dan ramai lagi.
Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.
Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh di Pawagam Rumah Anda, Astro First sekarang. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.