,
Laman Utama

“Buat Cantik-Cantik Lepas Tu Biarkan Jahanam"- Luah Rasa Kecewa Imej KLIA, Ramai Setuju Dengan Cef Wan

Mya Amri
17/12/2022
09:45 MYT
Cef selebriti terkenal, Datuk Rezuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan meluahkan rasa kecewa melihat keadaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang seolah-olah tidak dijaga dengan baik.
“Dalam perjalanan menuju ke Penang pagi ini untuk menyertai perasmian dan demo untuk Festival Makanan Halal.
“Foto pertama di KLIA dan selebihnya di Putrajaya Sentral yang kelihatan menyedihkan.
“Kenapa lah down grade terminal domestik KLIA kita dengan jual semua roti macam ni? Saya tertanya-tanya sama ada mereka mempunyai cara lain yang lebih baik untuk melakukan ini.
“Dah macam pasar mini market pulak. Bila dah biasa tengok lapangan terbang seluruh dunia yang cantik-cantik dan anda melihat bagaimana kita, Malaysian jual roti macan ini agak mengejutkan,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Menuruf Chef Wan, keadaan tersebut juga boleh membuatkan imej KLIA tercalar dan sangat tidak cantik di mata pelancong yang datang ke Malaysia untuk bercuti.
Malah Cef Wan juga turut menekankan beberapa bahagian di stesen ERL Putrajaya Sentral yang mengalami kerosakan dan belum dibaik pulih.
“Bertahun dah saya lihat kebocoran seperti ini di Putrajaya Sentral. Sudah pasti sangat menyakitkan mata dengan baldi di mana-mana.
“Lif pun tidak berfungsi sepanjang masa. Jadi saya terpaksa menaiki kereta api ke KLIA. Semua ini bukanlah satu tanggapan yang baik terutamanya untuk negara kita.
“Buat cantik-cantik lepas tu biar kan jahanam macam ini, menyakitkan mata. Mengapa lif di Putrajaya Sentral sentiasa tidak berfungsi selama bertahun-tahun?
“Saya tidak pernah faham, bina semua ini untuk kemudahan orang ramai kemudian biarkan begitu. Adakah ini imej yang baik untuk pelancongan di negara ini?
“Sibuk nak pelancong melawat Malaysia kembali tapi semua perkara asas di tempat awam pun tak dapat nak kekalkan dengan baik,” tegasnya.
Sementara itu di ruangan komen juga rata-rata pengikutnya sangat bersetuju dengan kenyataan Cef Wan antaranya:
“Sangat setuju! Nanti bila dibandingkan dengan negara lain ada yang sentap. Kalau rasa tak boleh maintain dalam jangka masa panjang jangan buat! Habiskan duit je,”
“Tak ada apa yang diperlu diperkatakan lagi, sangat setuju dengan Cef Wan. Untuk yang menggunakan ERL sebagai penganggutan awam selama 15 tahun, sangat menyedihkan. Tengoklah baldi tu di mana-mana bila hujan. Lif tu ntah bila nak elok,”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Suasana Meriah Rai Kepulangan Wira Wirawati Paralimpik Paris 2024

gempak
11/09/2024
07:45 MYT
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sekali lagi bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan tanah air ketika menyambut kepulangan barisan atlet para yang menggalas harapan negara di Sukan Paralimpik Paris 2024, malam tadi.
Berita

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

gempak
02/09/2024
04:15 MYT
Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

gempak
21/08/2024
04:50 MYT
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger

gempak
07/08/2024
04:31 MYT
Pempengaruh dan juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Eerah Burger tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira Olimpik Malaysia iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Sih Wooi Yik hari ini.
Hiburan

Chef Wan Dedah Bagi Elaun Hingga RM3,000 Kepada Adik Beradik

gempak
02/08/2024
21:55 MYT
Kongsi Chef Wan, segala kesenangan yang diperolehnya sebelum ini adalah lebih baik diberikan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.