,
Viral

Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’

Gempak
18/04/2024
08:11 MYT
Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir pihak yang bertindak membuang haiwan seperti kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri.
Menurut hantaran tular di laman Twitter tersebut, kebanyakan haiwan yang dibuang akan mati kelaparan, dilanggar kereta atau lebih teruk lagi, diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Ramai yang tidak tahu, pasar adalah ‘neraka’ bagi kucing. Saya tidak faham mengapa ada segelintir individu yang bertindak membuang kucing di pasar kononnya di sana, ada banyak sumber makanan.
“Anak-anak kucing misalnya, mereka tidak pandai cari makanan sendiri. Akhirnya, mereka mati kelaparan,” katanya.

BERITA TRENDING: Chef Ammar Sebak Kenang Waktu Susah, Pernah Minta Bantuan Dari Haiwan – “Satu Hari Saya Minta Tolong Dari Kucing..”

Menurut hantaran yang sama, pengguna tersebut juga mendakwa ada kucing yang mati diracun oleh peniaga di pasar itu sendiri atas tanda protes.

PILIHAN PEMBACA: “Takut Haiwan Tiada Bulu, Suka Main Mobile Legends” – Syada Amzah Dedah 30 Fakta Mengenai Dirinya

“Saya tidak sanggup kongsikan gambar-gambar makanan yang dicampur racun. Saya juga ada video ibu kucing dan anak-anaknya yang mati, berbuih mulut selepas makan makanan tersebut.
“Bukan semua orang sukakan kucing. Jadi tolonglah, jangan seksa mereka,” rayunya.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,577 ulang ciap dan 2,751 tanda suka.
Menurut Stray Cat Foundation, membuang kucing di pasar adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, kucing yang dibuang di pasar lebih berisiko untuk dijangkiti penyakit, dilanggar, diracun, diseksa atau mati kebuluran.
“Kenapa ramai orang buang kucing? Sebab tidak mahu mandulkan kucing yang ada di rumah. Apabila kucing beranak pinak, mereka mula ambil jalan mudah dengan cara membuang di pasar. Masalah ini tidak akan selesai selagi ada manusia kejam yang anggap kucing-kucing ini ibarat sampah.
“Pencinta dan penyelamat kucing sangat tertekan sehingga hadapi tekanan mental yang teruk. Ada juga yang catu makanan sendiri sebab hendak gunakan duit tersebut untuk beli makanan kucing atau anjing,” katanya.
Tambahnya, orang ramai perlulah bersikap lebih bertanggungjawab. Mandulkan kucing peliharaan dan beri makanan kepada kucing terbiar. Jangan biarkan mereka mati kelaparan.
“Tanamlah sifat ihsan dalam diri. Berbuat baik terhadap haiwan terbiar merupakan satu sumber pahala untuk kita ke syurga,” pesannya. – KOSMO! ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.