,
Laman Utama

Bruno Mars, Dua Lipa, Ariana Grande.. - Radio Indonesia Dilarang Mainkan 42 Lagu-Lagu Selebriti Ini Sebelum 10 Malam

Azwa Rahman
07/07/2021
14:35 MYT
Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) telah melarang stesen-stesen radio untuk menyiarkan 42 lagu antarabangsa sebelum jam 10 malam kerana mendakwa kandungan lirik pada lagu-lagu tersebut dianggap tidak bermoral.
Memetik laporan Detiknews, lirik-lirik yang dianggap tidak bermoral itu meliputi penggunaan kata-kata yang nelibatkan keganasan, cabul serta memberi bayangan seksual.
“Ini dikaitkan dengan Undang-Undang No. 32 Kanun Tingkah Laku dan Piawaian Program Penyiaran [P3SPS], yang menyatakan bahawa penyiaran radio adalah demi kepentingan integriti nasional untuk membina watak dan identiti bangsa yang setia dan bertakwa,” kata Adiyana Slamet, Ketua KPI bahagian Jawa Barat.
Malah, stesen radio juga diminta untuk menapis lirik-lirik yang tidak sesuai dengan norma negara itu sebelum memainkan 42 lagu tersebut.
Antara nama penyanyi yang tersenarai di dalam lagu yang dilarang main sebelum 10 malam adalah Ariana Grande, Bruno Mars, Cardi B dan Dua Lipa.
Senarai penuh 42 lagu tersebut adalah:
  1. Bruno Mars - 24K
  2. Ariana Grande - 34+35
  3. Masked Wolf - Astronaut in the Ocean
  4. M.I.A - Bucky Done Gun
  5. Maroon 5 - Beautiful Mistakes
  6. Max Ft Suga - Blueberry Eye
  7. Lil Nas X - MONTERO (Call Me By Your Name)
  8. Pia Mia ft Chris Brown - Do It Again
  9. Snoop Dogg - Drop It Like It's Hot
  10. Jay Z - Empire State of Mind
  11. Maroon 5 ft Cardi B - Girls Like You
  12. Timbaland - Give It to Me
  13. 24kGoldn Ft Iaan Dior - Mood
  14. Chynna Phillips - Naked and Sacred
  15. Bruno Mars ft Cardi B - Please Me
  16. Ariana Grande - Positions
  17. Post Malone ft Ty Dolla Sign - Psycho
  18. Camilla Cabello ft Shawn Mendes - Senorita
  19. Nicky Minaj - Starships
  20. Doja Cat - Streets
  21. DJ Snake ft Selena - Taki Taki
  22. Jason Derulo ft 2 Chainz - Talk Dirty
  23. Bruno Mars - That's What I Like
  24. Cardi B - Up
  25. One Republic - Good Life
  26. Gym Class Heroes ft Estelle - Guilty As Charged
  27. Rita Ora - How We Do
  28. Busta Rhymes ft Maria - I Know What You Want
  29. Icona Pop - I Love It
  30. DJ Khaled - I'm the One
  31. Jay Z - Izzo
  32. Bruno Mars - Lazy Song
  33. Dua Lipa ft DaBaby - Levitating
  34. Justin Bieber ft benny blanco - Lonely
  35. Eminem - Lose Yourself
  36. Ariana Grande ft The Weeknd - Love Me Harder
  37. Bruno Mars - Versace on the Floor
  38. Avril Lavigne - Wish You Were Here
  39. Kid Laraoi - Without You
  40. Vedo - You Got It
  41. Dua Lipa ft Missy Elliot - Levitating
  42. Bruno Mars - Locked Out of Heaven
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

gempak
06/07/2024
02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Hiburan

Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!

gempak
23/04/2024
04:55 MYT
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Laman Utama

Ariana Grande Berhenti Lakukan Botoks & Tebalkan Bibir, Rasa Tidak Perlu Berselindung Lagi

gempak
16/09/2023
14:45 MYT
Ariana Grande membuat pendedahan telah melakukan beberapa siri suntikan botoks dan menebalkan bibir