,
Laman Utama

Brooklyn Beckham Jadi Stylist, Warganet: “Dia Cosplay Karier Setiap Minggu”

Maliah Surip
22/01/2023
12:38 MYT
Anak sulung Victoria dan Beckham, Brooklyn Beckham menerima kritikan dari warganet selepas mengumumkan pekerjaan terbaharunya.
Brooklyn, 23, dia melakukan pelancaran kini bergelar seorang stylist bersama bintang Big Brother, Spencer Pratt.
Malah dia yang tampil bersama isterinya, Nicola Peltz dalam video di Tik Tok mengajak warganet mengintip isi almari mereka.
Brooklyn kemudian mempamerkan busana dan koleksi fesyen yang mereka miliki sebelum menyuai padan pakaian yang dipakai selama seminggu.
Salah satunya Brooklyn bercakap mengenai denim vintage dan mengaku menyukai high waisted jeans yang diperagakan isterinya dalam video tersebut.
“Saya suka high-waisted jeans, dan t shirt yang dikenakan juga boots tinggi ini. Saya fikir ia kelihatan seksi. Matrix jacket - love it!",katanya seperti dilaporkan The Mail.
Video tersebut juga dapat dilihat dalam akaun TikTok rasmi TikTok dengan kapsyen tertulis: "You could say that @brooklynbeckham loves @nicolapeltzbeckham’s style. Like, really loves it. As seen on the latest episode of #vogue7days7looks."
Bukan mendapat pujian, sebaliknya perkongsian tersebut ditaburi dengan pelbagai kritikan daripada warganet.
Kebanyakan daripada mereka mengkritik Brooklyn sebagai ‘tidak berjaya’ dan tidak dapat menentukan satu kerjaya yang baik buat dirinya.
“Adakah ini Brooklyn Beckham, seorang chef, jurugambar, stylist, luar biasa,” tulis seorang pengguna Tik Tok.
Ada yang menulis: “Anda sedang melakukan cosplay pelbagai pekerjaan dalam satu minggu.”
“Dia mencuba semuanya kerana ia percuma,” tulis yang lainnya.
Hal ini kerana Brooklyn sempat memperkenalkan dirinya sebagai seorang jurugambar dan model, namun kedua karier tersebut tidak sukses.
Dia juga pernah berlatih untuk menjadi pemain bola sepak seperti bapanya, namun tidak menjadi.
Setelah itu dia dikenali sebagai seorang chef, namun karier yang satu ini juga menerima kritikan hebat kerana disifatkan tidak mencapai standard menjadi seorang chef lewat menu dan masakan yang dipersembahkan.
Sedar dirinya sering menjadi sasaran dan kritikan kerana tidak konsisten dalam karier, Brooklyn dalam salah satu video memasak berkata: “Saya berharap yang terbaik untuk para hater. Saya hanya melakukan apa yang disukai, menjaga kesihatan, berbahagia, itu saja," kata Brooklyn.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.