,
Laman Utama

“Bot Karam Dibadai Ombak 5 Meter, Papan Depan Pecah” - Ya Allah Mangsa Cerita Detik Cemas 7 Jam…

Awani
27/02/2022
05:02 MYT
"(Kejadian sangat) pantas, papan tu pecah sekeping, depan tu terbuka, jadi air terus masuk,” Itulah kata tekong bot, Baseri Aziz, 55, yang mendakwa ombak kuat setinggi lebih 5 meter membadai bahagian depan kapal mengakibatkan bahagian depan pecah dan menyebabkan kapal itu karam.
"Ombaknya terlalu kuat melebihi 5 meter, jadi perjalanan balik kami dalam 4 knot atau 3 knot, tidak boleh lebih, tidak boleh laju.
"(Kejadian sangat) pantas, sebab papan depan tu pecah sekeping, depan tu terbuka, jadi air terus masuk."
"Dalam pukul 1.30 pagi tu kami dah cuba macam-macam, pukul 1.45 tu terus tenggelam," kata Baseri lagi.
Sementara itu, mangsa Syahrin Samsudin, 43, dari Perlis berkongsi pengalaman cemas tujuh jam terumbang-ambing di lautan.
Syahrin berkata keadaan lebih mencemaskan apabila suasana semakin gelap manakala rakan-rakan mangsa yang lain mulai keletihan.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka apabila tindakan melambai-lambaikan nyalaan lampu suluh mendapat perhatian sebuah bot pukat tunda yang berada berhampiran.
"Kalau fikir nak berenang sampai ke malam tak tentu sampai ke pulau, kan?
"Jadi kami berpecah, pakai lampu suluh untuk beri isyarat keselamatan kepada bot yang berada berdekatan.
"Itu dah habis ikhtiar dah kalau menjerit tu dah habis menjeritlah.
"Waktu jumpa tu dah 7.15 pagi, dah nak gelap dah. Alhamdulillah bot tu nampak satu group melambai-lambai dan saya pun bagi beam torchlight.
"Dia bagi respond kami pun lapang dada, dia pasang lampu ke arah kami," kata Syahrin
Menurutnya, dia dan rakan-rakan serta kru bot sudah berada di laut selama dua malam selepas meninggalkan jeti Kuala Perlis pada Khamis pagi.
"Jumaat malam Sabtu hari ini kami nak bergeraklah ke lokasi lain memancing, dan sepatutnya bot tu balik esok pagi ke Kuala Perlis. Trip ini empat hari tiga malam," kata Syahrin.
Dalam kejadian pada Sabtu, 18 pemancing serta kru sebuah bot dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi.
Kesemua mereka terdiri daripada 14 pemancing dan empat kru.
Berikutan kejadian, beberapa aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berpangkalan di Bukit Malut, di sini, memulakan operasi menyelamat.
Kesemua 18 pemancing termasuk 2 kru kapal akhirnya berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan sebelum dipindahkan ke bot Maritim untuk dibawa pulang ke Jeti Maritim Bukit Malut.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”

gempak
21/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas berdepan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.
Laman Utama

Kereta Terbakar, Roy Azman Kongsi Detik Cemas - “Api Merebak Besar, Menggelupur Keluar Ambil Anak”

gempak
04/12/2023
03:31 MYT
Allahuakhbar... Takutnya, mujur Roy, isteri dan anak selamat.
Laman Utama

“Hotel Bergoyang, Terus Capai Jubah Tutup Aurat” - Heliza Helmi Berdepan Detik Cemas, Rasai Gempa Bumi Di Indonesia

gempak
29/08/2023
00:55 MYT
Allah.... Mudah-mudahan semua selamat.
Laman Utama

[VIDEO]: “Tak Terima Tindakan Aku Lakukan” - Ikmal Amry Kongsi Detik Cemas, Selamatkan Anak & Isteri Ketika Kemalangan

gempak
06/09/2022
02:30 MYT
Mujur semua selamat. Alhamdulillah...
Laman Utama

“Sempat Sambut, Gugur Jantung Aku” - Hafiz Mahamad Kongsi Detik Cemas Isteri Pengsan Di Tandas

gempak
27/07/2022
01:41 MYT
Isteri lepas bersalin mujur Hafiz ikut sekali teman ke tandas.