,
Hiburan

Boo Haters! Fenomena Kampung People, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Pembawa Watak 'Lailer', Riena Diana

Zulaikha Yusof
08/01/2020
00:34 MYT
Fenomena drama Kampung People memang luar biasa apabila mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penonton
Hanya berbaki satu episod sebelum melabuhkan tirai hari ini, rata-rata penonton tidak sabar menantikan pengakhiran cerita tersebut.
Kampung People dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi.
Watak Riena sebagai Laila menjadi sebutan ramai orang apabila berjaya membawa watak gadis 'bimbo' dengan slang Inggeris ala King Coco.
Ini lima fakta menarik tentang Riena yang patut anda tahu:
1. Pemalu
Orang yang tidak mengenali akan beranggapan dirinya seorang yang sombong. Namun hakikatnya, Riena pemalu serta tidak pandai bergaul.
Bila berada di set penggambaran atau di kalangan orang yang dikenali, Riena akan menjadi seorang yang suka bercakap dan peramah.
2. Masih Tidur Dengan Nenek
Walaupun sudah berusia 22 tahun, Riena akan tidur dengan neneknya setiap hari.
Kata Riena, dirinya tidak boleh tidur tanpa nenek di sisi.
3. Suka Kucing
Riena seorang yang penyayang terhadap haiwan terutamanya kucing. Di rumah, Riena mempunyai 10 ekor kucing yang dipelihara.
4. Seorang 'Simple'
Riena seorang yang tidak pandai bergaya. Pemilik nama Nur Qamarina Diana ini lebih selesa menggayakan jeans dengan t-shirt sebagai pakaian harian.
5. Suka Makan
Walaupun mempunyai sosok badan yang kecil, Riena sebenarnya seorang yang kuat makan.
Riena pernah pergi ke Pulau Pinang semata-mata untuk makan nasi kandar dan kembali semula ke Kuala Lumpur.
Mula bersiaran pada 11 Disember 2019, drama 13 episod ini tidak pernah membuat penonton kering gusi apabila menontonnya.
Malah, kejayaan Kampung People ini telah dibuktikan apabila sering 'trending' di laman Twitter ketika drama tersebut ditayangkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

gempak
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

gempak
16/08/2024
07:55 MYT
Pelakon, Riena Diana mendedahkan hubungan cintanya bersama aktor, Keith Foo, masih baharu dan belum terfikir untuk ke arah perkahwinan.
Hiburan

Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya Jumpa Kebahagian Saya. "

gempak
10/06/2024
06:55 MYT
"Ya, saya jumpa kebahagiaan saya," demikian jawapan yang diberi pelakon Riena Diana apabila disoal mengenai status hubungannya bersama aktor Keith Foo.