,
Laman Utama

Bomoh Hujan Tarik Perhatian Di MotoGP Indonesia, Bayaran Yang Diterima Lumayan! - Boleh Beli Kereta Cash

Azwa Rahman
21/03/2022
03:01 MYT
Susuk seorang wanita yang berjalan di dalam hujan sewaktu acara berprestij MotoGP Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dia dikenali sebagai bomoh hujan.
Pemilik nama Rara Istiani Wulandari menjalankan ritualnya di litar Mandalika tepat sebelum perlumbaan MotoGP diadakan.
Menerusi laman sosial Twitter, aksi Rara yang dikongsi oleh akaun rasmi MotoGP tular. Pada perkongsian tersebut, Rara mengenakan jaket berwarna merah dan hitam sambil berjalan berkaki ayam di atas trek.
Malah, aksinya sempat menjadi tontonan para pelumba dan kru pit yang ada di pit stop.
Memetik laporan Detik, kenali bomoh hujan ini.
  1. Rara atau nama sebenarnya Raden Roro Istiati Wulandari, lahir di Papua pada 22 Oktober 1983. Rara berdarah jawa dan kini menetap di Bali.
  2. Mempelajari ilmu menjadi pawang hujan semenjak dirinya berusia 9 tahun, Rara akan membawa alat-alat khusus miliknya sepanjang ritual ‘hentikan’ hujan berlangsung.
  3. Rara cukup terkenal dan sering diundang bagi ‘menghentikan hujan’ di acara-acara besar di Indonesia. Antaranya adalah program vaksinasi nasional, kempen pilihan raya Jokowi dan pembukaan Asian Games 2018 di Jakarta-Palembang.
  4. Menjadi bomoh hujan di MotoGP, Rara menerima bayaran cukup lumayan! Dia mendapat hampir ratusan juta rupiah (RM300,000) sepanjang tempoh 21 hari bekerja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Cakap Tuhan Seperti Ibu Bapa, Pawang Hujan Disifatkan Hina Agama

gempak
12/09/2022
14:55 MYT
Rara pernah viral selepas melakukan ritual ‘menolak’ hujan
Laman Utama

Projek Anchor SPM, RASN Sumbang Rekod Ramadan dan Raya Astro, Terima Kasih Penonton!

gempak
13/07/2021
02:20 MYT
7 Juta Judul On Demand Di Strim Peminat | 65 ribu pendaftaran pengguna baharu Astro GO
Unitar