KELUANG MAN
Boleh Relate Dengan Watak Borhan, Lelaki Ini Anggap Keluang Man Hiburan Yang Bagus - “Filem Ini Ajar Kita Untuk Berada Dalam Circle Positif”
Seorang penonton yang dikenali sebagai Encik Nan meluahkan rasa puas hati selepas dua kali menonton filem superhero original pertama Malaysia, Keluang Man.
Impak positif
Menerusi perkongsian di hantaran Facebook miliknya, Nan berkata lakonan Nas Muammar Zar sebagai Borhan dan Keluang Man memberikan impak positif terhadap penonton.
“Malam tadi. Pakcik sekeluarga pergi tonton filem Keluang Man buat kali kedua. Minggu lepas atas tiket Gala Premier, malam tadi atas tiket mega fans screening.
“Hari ini 29 Mei 2025, secara rasminya filem in ditayangkan kepada umum. Selepas ini, ramai kanak-kanak gen Alpha pasti akan mengidolakan sahabat saya ini, saudara Nas Muammar Zar.
“Percayalah. Pakcik sebagai guru prasekolah, apabila diidolakan oleh kanak-kanak kecil. Ia ibarat salah satu kebajikan yang kita lakukan kepada komuniti cilik.
“Secara tidak sedar, kita menyumbang pemikiran yang positif, contoh tauladan dan semangat luar biasa kepada anak-anak kecil.
“Dua kali pakcik tonton filem ini. Pakcik seorang guru anak-anak antara empat hingga enam tahun, amat yakin lakonan saudara Nas ini akan meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka.
“Saya hendak jadi seperti Keluang Man. Saya suka uncle Nas Muammar Zar,”
“Itu kata-kata yang anak-anak pakcik sering ungkap selepas mereka tonton filem Keluang Man buat pertama kali minggu lepas (gala premier)
“Jadi hari ini, bermulalah perjalanan baharu seorang Nas Muammar Zar yang akan memberi impak kepada gen Alpha.
“Animasi Keluang Man memberi impak kepada gen X dan setengah gen Z (mungkin lahir antara 1981- 1990 sahaja).
“Filem Keluang Man memberi impak kepada gen Alpha. Semestinya.
“Jom kita serbu panggung wayang. Tonton filem Keluang Man arahan saudara Anwari Ashraf terbitan Astro Shaw Sdn Bhd,” jelasnya.
Circle positif
Mengulas mengenai Keluang Man itu, Nan berpendapat filem itu juga mengajar orang ramai untuk berada dalam ‘circle’ yang positif.
Tambah Nan lagi, sebagai seorang yang mempunyai masalah Major Depressive Disorder (MDD), filem ini sesuai ditonton sebagai hiburan yang bagus.
“Ada yang tanya pakcik. Pakcik sudah tonton dua kali. Berapa penilaian yang pakcik bagi dari skala 1 hingga 10. Apa intipati cerita itu.
“Malaslah pakcik nak cerita. Anda semua pergi tonton sendiri sajalah. Pakcik cuma boleh cakap, filem ini sesuai untuk mereka yang ada masalah Major Depressive Disorder (MDD) seperti pakcik.
“Filem ini mengajar kita untuk berada dalam ‘circle’ yang positif untuk hadap apa yang patut kita hadap,” tulisnya.
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Saksikan Keluang Man bermula 29 Mei di pawagan seluruh negara.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video