,
Laman Utama

“Boleh Jatuh Haram Kalau Buat Kerja Macam Ni" - Zizan Razak

Mya Amri
02/09/2023
05:00 MYT
Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak berharap pengguna media sosial jangan terpedaya dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang mengguna pakai gambarnya untuk tujuan penipuan.
Menurut Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana perbuatan itu boleh menjejaskan namanya baiknya.
“Berkenaan dengan posting dibuat oleh peniaga yang saya tidak tahu siapa. Yang betul betul menipu menggunakan nama dan muka saya, memang saya terkejut.
“Saya rasa agak sedih dengan sifat sebegini, kalau ikutkan dari sudut kebenaran atau keizinan saya, memang tak ada dan boleh jatuh kepada haram kalau buat kerja seperti ini.
“Saya memang tidak pernah terlibat dengan penjualan jam dan saya harap sangat rakyat Malaysia jangan terpedaya dengan mereka yang saya rasa boleh disifatkan sebagai scammer.
“Saya ada juga bercakap dengan pihak peguam saya berkenaan dengan hal ini tapi tak mengapa.
“Pada saya untuk tindakan pertama mungkin saya war war kan sebegini kepada mereka. Kalau dia teruskan juga jual mungkin tindakan akan diambil,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Zizan juga menasihatkan agar para peniaga mencari rezeki dengan cara yang halal dan tidak menggunakan nama atau wajah orang lain tanpa keizinan individu yang terlibat.
“Jadi nasihat saya kepada mereka yang terlibat atau niat nak menggunakan gambar artis lebih baik tidak.
“Sebab apa sahaja yang kita buat, bergerak, kiri kanan, mata kita pandang atas bawah pun bernafas dengan izin Allah.
“Apatah lagi kalau kita nak mencari rezeki yang halal, kita nak makan beri pada mak, ayah, anak kita, nak jadikan darah daging.
“Saya nasihatkan sekurang-kurangnya tanya artis atau siapa-siapa sahajalah yang kita mahu gunakan gambar mereka.
“Kalau tidak mampu bayar pun minta izin, kalau tak boleh pun guna cara sendiri sebab rezeki itu luas. Kadang dengan apa cara atau tidak menggunakan artis pun ramai juga yang berjaya.
“Itu nasihat saya, apa-apa pun bukan dengan cara yang begitu kalau kita nak meniaga. Yang terbaik adalah kita tanya Allah, doa dan berusaha. Insya-Allah,” jelasnya.
Terdahulu terdapat sebuah posting di Facebook yang mempromosikan jam digital dengan menggunakan nama dan juga foto Zizan.
Posting dengan Facebook bernama Zizan Razak itu ternyata boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai dan juga menjejaskan nama baik Zizan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

gempak
15/08/2024
04:55 MYT
Pencipta kandungan, Khairul Aming meluahkan rasa kebimbangan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjualnya barangan kepada golongan berusia.
Hiburan

Bintang Squid Game, Lee Jung Jae Didakwa Terlibat Kes Penipuan, Bakal Disoal Siasat Polis

gempak
12/08/2024
06:25 MYT
Pelakon yang popular menerusi siri Netflix Squid Game, Lee Jung Jae  kini sedang dalam pemerhatian gara-gara dakwaan penglibatannya dalam satu penipuan yang serius.
Viral

Tak Peduli Dilabel Scammer, Sam Lim: "I Can't Control People To Love & Like Me"

gempak
09/08/2024
11:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Sam Lim tidak mengambil pusing cakap-cakap nakal sebilangan netizen yang mendakwa dirinya sebagai scammer dan penipu.
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.
Hiburan

JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

gempak
05/08/2024
09:25 MYT
Setelah enam tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.