Hiburan
Boleh Bawa Maut, Dr Say Pesan Hati-Hati Buat Rawatan Mengurut Pada Leher - “Jika Lepas Urut Ada Simptom Sakit Kepala, Muntah, Kebas-Kebas…”
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat rawatan mengurut terutamanya yang melibatkan bahagian leher dan pinggang.
Jika silap langkah boleh menyebabkan kecederaan pada saraf
Menurut Dr Say, sekiranya tersilap langkah dan menyebabkan kecederaan pada saraf, kejadian itu boleh membawa maut.
“Pertamanya kecederaan pada sistem saraf yang menyebabkan badan sakit sakit atau pun kebas-kebas.
“Kedua dinding arteri pecah atau pun dipanggil ’artery dissection’ menyebabkan simptom-simptom seakan akan strok atau pun angin ahmar,” jelasnya.
Segera bertemu doktor sekiranya alami simptom pelik
Dalam pada itu, Dr Say juga menegaskan untuk segera bertemu dengan doktor sekiranya mengalami beberapa simptom seperti sakit kepala, kebas atau lemah anggota badan selepas berurut.
“Jadi sekiranya selepas urutan anda mengalami symptom-simptom macam sakit kepala, muntah, kebas-kebas atau lemah anggota badan, tolong segera mendapatkan rawatan.
“Apa yang saya boleh katakan adalah hati-hati apabila berurut dan kalau boleh elakkan ‘manipulation over’ leher dan tulang belakang. Semoga kita dilindungi daripada urutan yang boleh membawa maut ini,” ujarnya.
Terdahulu, seorang penyanyi wanita meninggal dunia selepas menerima rawatan urut di wilayah udon Thani pada Ahad.
Wanita itu dilaporkan meninggal dunia selepas sesi urutan ketiga melibatkan bahagian leher.
Must-Watch Video