,
Berita

Blake Lively Bersikap Pelik Buang Semua Gambar Hanya 'Follow' Orang Nama Emily

Elrafaei Sapi
02/05/2018
14:46 MYT
Pelakon drama bersiri popular Gossip Girl, Blake Lively mengejutkan peminatnya selepas bertindak memadamkan semua gambar di akaun Instagramnya termasuk tidak lagi 'follow' suaminya sendiri, Ryan Reynolds.
Tindakannya itu menarik perhatian ramai peminat apatah lagi pelakon itu tidak lagi mempunyai apa-apa ‘posting’ termasuk gambar profil di akaun media sosialnya itu.
Terbaru, kira-kira sejam yang lalu dia memuat naik satu trailer filem lakonan terbarunya berjudul, A Simple Favor yang menunjukkan wataknya sebagai Emily.

? ... (SOUND UP!!!?????)

A post shared by Blake Lively (@blakelively) on

Sehingga kini, Blake masih mempunyai 20.4 juta pengikut dan mengikuti 36 akaun IG lain.
Dia hanya menulis kapsyen, 'What happened to Emily?' dalam akaun IG itu.
Peminat percaya aktres itu bertindak sedemikian sebagai gimik mempromosikan filem barunya itu meskipun pelik selepas dia hanya 'follow' individu yang mempunyai nama Emily.
Plot filem barunya itu yang turut dibintangi Anna Kendrick mengisahkan misteri kehilangan seorang wanita bernama Emily Nelson dan rakan baiknya, Stephanie (Anna) berusaha menjejakinya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ryanrenolds101
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ini Sebab Kenapa Ryan Reynolds & Hugh Jackman Diboikot Peminat K-Pop

gempak
08/07/2024
14:55 MYT
Kehadiran dua pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Hugh Jackman ke rancangan hiburan popular Korea, Inkigayo menerima kritikan sebahagian besar peminat K-Pop gara-gara keterbukaan mereka memberi sokongan kepada Israel.
Hollywood

Malu & Mohon Maaf Persenda Kate Middleton, Blake Lively Tetap Dilabel Pembuli

gempak
24/03/2024
12:55 MYT
Blake Lively yang dilihat telah membuat permohonan maaf kepada Middleton selepas sempat mempersenda teori tentang kehilanggan wanita berusia 42 tahun tersebut.
Laman Utama

Video Dipuji Ryan Reynolds, Sofyank; "Terkejut, Menjerit-Jerit Saya Masa Nak Berbuka Puasa!"

gempak
20/04/2022
03:55 MYT
Powerlah! Ramai puji skil editing Sofyank siap ada suruh ke Hollywood...
Laman Utama

Ryan Reynolds Dedah Alami Anxiety Kerana Pengalaman Masa Kecil Dengan Ayah

gempak
23/07/2021
06:16 MYT
Ramai selebriti mengalami masalah gangguan kesihatan mental
Laman Utama

Blake Lively Pernah Rasa Pakaian Berjenama Tak Membantu Buang Rasa Rendah Dirinya

gempak
02/02/2021
14:20 MYT
Perasaan itu dirasai selepas dia melahirkan anak ketiga tahun lalu