GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Bakal Pasangan Hadapi Sumber Kewangan, Pilih Kekal Atau Lari?
Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pertunangan seorang selebriti yang putus di tengah jalan kerana bakal pasangan didakwa tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Perkara itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya mempersoalkan keputusan untuk bertunang jika isu kewangan sudah diketahui sejak awal.
Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak baru-baru ini, kami membuka ruang untuk pengikut confess adakah mereka akan meneruskan perkahwinan jika bakal pasangan mempunyai masalah kewangan.
Melihat kepada jawapan yang diberikan, ada antara mereka yang tidak mahu meneruskan atau melanjutkan hubungan itu ke fasa seterusnya malah menyatakan lelaki seharusnya menjadi seorang provider.
“Love the topic, lelaki patut jadi real provider.
“Tidak, batalkan terus sebab dia tak serius untuk membina keluarga.
“Biar dia settlekan masalah kawangan dia dulu,” kata netizen.
Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih untuk bersikap lebih terbuka dan percaya bahawa rezeki adalah urusan Tuhan.
"Benda boleh bincangkan, rezeki tu luas, bukan pada wang sahaja.
"Teruskan sahaja atau bincang baik-baik dengan dua-dua pihak.
"Ya,sebab suami saya dulu pun ada masalah kewangan. Tapi percayalah rezeki selepas kahwin tu Allah datangkan tanpa kita sangka," kongsi netizen.
Anda pula macam mana?
Must-Watch Video