Hiburan
Bintangi Dua Filem Kutipan Tertinggi ‘Avatar’ & ‘Avengers: Endgame’, Zoe Saldana Digelar Ratu Box Office
Filem ‘Avengers: Endgame’ cemerlang meraih USD2 billion dalam masa 11 hari sahaja, semakin rapat untuk mengalahkan filem ‘Avatar’ yang berjaya mengutip USD2.788 billion.
Kedua-dua filem dengan kutipan tertinggi ini nampaknya ada persamaan; ia dibintangi oleh pelakon Zoe Saldana.
Seorang peminat berkongsi fakta mengenai ratu filem box office itu di Twitter miliknya dengan menulis, “Congratulations to Zoe Saldana on winning franchise wars.”
Mendapat perhatian Saldana, pelakon itu turut melahirkan penghargaan di laman Twitternya, @zoesaldana. “Thank you!”, tulisnya.
Selain cemerlang dengan Avatar dan Marvel Cinematic Universe, Zoe Saldana turut sama berlakon dalam filem franchais terkenal, ‘Star Trek’ (2009), ‘Star Trek: Into Darkness’ (2013) dan ‘Star Trek Beyond’ (2016)Thank you!!!!! https://t.co/alxup4vBkv— Zoe Saldana (@zoesaldana) May 2, 2019
Saldana akan kembali dengan filem ‘Avatar 2’ dan ‘Avatar 3’ yang akan berada di pawagam pada 18 Disember 2020 dan 17 Disember 2021.
Dia turut dijangka akan muncul dalam ‘Guardians of The Galaxy 3’ yang turut dijangka keluar pada tahun 2020.
Nampaknya Saldana menjadi antara pelakon wanita paling berjaya sekarang dan boleh dikatakan, akaun bank Saldana pastinya semakin berkepuk!
Must-Watch Video