Hiburan

Bintang Filem Loki Minta Tolong, Dakwa Kini Tidur Tepi Jalan

gempak
Maliah Surip
06/12/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Bintang Filem Loki Minta Tolong, Dakwa Kini Tidur Tepi Jalan
Bintang filem siri Marvel, Loki, Jack Veal meminta pertolongan dan mendedahkan kepada umum mengenai situasi hidupnya kini.
Veal yang memegang watak Kid Loki mendakwa dia kini hidup gendalangan hanya pada usia remaja iaitu 17 tahun.
“Hi saya seorang pelakon popular. Saya 17 tahun dan kini gelandangan,” katanya di aplikasi TikTok seperti dilaporkan People.
Dia juga mengatakan: “Anda mungkin mengenali saya daripada Loki, The End of the F***ing World,’ atau filem-filem lainnya.
“Saya banyak memainkan watak penting tapi tidak pernah mendedahkan tentang kehidupan peribadi. Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya berbuat demikian.
“Tanpa mahu memperincikan masalah, saya seorang mangsa dera. Saya menerima penderaan fizikal dan mental.”
Pelakon itu juga mendakwa saat ini dia tiada tempat untuk berlindung. Dia mendakwa pusat perlindungan sosial enggan menerimanya dan kini terdesak.
“Saya kini tidur di jalanan. Saya tidur di dalam treler dengan tingkap pecah dan tidak selamat. Ia mengambil masa dua jam untuk saya ke tempat kerja. Hidup sangat sukar,” dakwanya lagi.
Selepas perkongsian di TikTok, Veal mendedahkan pihak pusat perlindungan sosial menghubungi dan sedang melakukan sesuatu usaha untuknya.
“Saya tidak tahu apa yang anda semua telah lakukan tapi pusat perlindungan sosial hubungi dan sedang membantu saya. Terima kasih semua,” katanya yang juga berjanji untuk memberikan informasi terkini tentang kes yang dikongsi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024