,
Laman Utama

Bintang Avengers, ‘Hawkeye’ Kritikal Selepas Bersihkan Salji, Kini Keadaannya…

Awani
03/01/2023
01:42 MYT
Bintang Avengers yang membawakan watak Hawkeye dalam Avengers, Jeremy Renner kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji, kata wakil pelakon itu pada Ahad.
“Kami boleh mengesahkan Jeremy berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas kecederaan dialami dalam kemalangan berkaitan cuaca semasa membersihkan salji awal pagi tadi,” kata wakil pelakon itu kepada majalah hiburan, Variety.
Menurut laporan itu lagi, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.
Renner, 51, memainkan watak adiwira popular Hawkeye/Clint Barton dalam francais Marvel, mendiami sebuah rumah di Washoe County, Nevada selama beberapa tahun.
Begitupun, tidak dapat dipastikan lokasi beliau mengalami kecederaan itu, sama ada di rumah atau mungkin di lokasi lain.
Menurut akhbar Reno Gazette-Journal, kawasan itu di utara Nevada menerima salji lebat akibat ribut pada malam tahun baharu.
Selain menjadi Avenger, Renner juga dua kali dicalonkan dalam Anugerah Oscar, memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika berlakon dalam filem The Hurt Locker dan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem The Town.
The Hurt Locker membantu menaikkan namanya yang selepas itu terus terkenal dengan pelbagai naskhah lain termasuk Arrival, American Hustler, 28 Weeks Later, The Bourne Legacy dan dua filem dalam siri Mission: Impossible.
The Avengers pada 2012 mengukuhkannya sebagai sebahagian daripada impian besar Marvel, dengan wataknya muncul dalam beberapa sekuel dan mendapat siri Disney+ sendiri, Hawkeye.
Renner kini membintangi siri Taylor Sheridan, Mayor of Kingstown, yang akan mula bersiaran musim kedua bulan ini.
Sumber: Awani (Agensi)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

gempak
03/07/2024
13:55 MYT
Nawazuddin Siddiqui dikenali sebagai aktor Hindi yang cukup berkaliber dengan lapan daripada filem lakonannya pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Sukan

Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak

gempak
07/05/2024
04:25 MYT
Doakan Faisal cepat sembuh
Viral

Skandal Lampau Mentua Dian Sastro Kembali Diulas Netizen Di Indonesia Gara-Gara Sekeping Gambar Ini

gempak
15/04/2024
23:55 MYT
Netizen Indonesia menyebut semula ‘dosa lampau’ keluarga mentua Dian yang dikatakan menjadi sumber modal percutian mereka ke luar negara.
Hiburan

Najis Berdarah, Jaafar Onn Dikejarkan Ke Zon Kritikal

gempak
02/04/2024
22:27 MYT
Selebriti versatil, Jaafar Onn dikejarkan ke Hospital Serdang pada tengah malam tadi
Viral

Wanita Kongsi Detik Cemas Hampir Dipukau Warga Asing Di Bukit Bintang! - "Mula-Mula Mereka Tanya Mana Money Changer..."

gempak
07/02/2024
00:00 MYT
Seorang wanita berkongsi detik-detik cemas ketika dia dan keluarga hampir menjadi mangsa pukau ketika berjalan di kawasan Bukit Bintang.